Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Menulis bersama SEO


"Saya tak pandai lah..." hmm... belum apa-apa dah nak mengalah. Kita kena ingat yang semua orang bermula dari kosong dan tolonglah jangan terlalu cepat untuk berputus asa. Mana ada blogger yang baru mula menulis terus akan berada di puncak. Walau sis bukan seorang blogger yang terkenal tapi sis tetap bersyukur kerana berjaya menyelit di antara para blogger yang lain. Terus terang dulu sis tidak tahu apa-apa langsung tentang blog hinggakan nak buka satu akaun blog pun terkial-kial masa tu. Mujurlah, dengan adanya blogger-blogger lama yang kongsikan pelbagai tutorial untuk di ikuti, sis bukan saja boleh belajar buat blog sendiri dengan mudah malah sis juga dapat belajar mencantikkan blog mengikut citarasa sis sendiri. 

Sebenarnya blog merupakan satu bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri. Tidak di nafikan masih ada yang kurang berminat dengan dunia blog tapi bagi sis dunia blog sangat-sangat menyeronokkan. Selain dapat mengenali dan mengeratkan silaturahim sesama penulis blog, ada lagi beberapa kelebihan blog yang tidak terdapat pada media sosial yang lain.

ENAM sebab utama kenapa sis bersungguh-sungguh belajar buat blog untuk menjadi seorang blogger ialah:

1- Dapat memenuhi masa terluang
Sis suka membaca jadi sis dapat penuhi masa terluang dengan membaca blog-blog yang ada. Sis boleh memilih untuk membaca blog mana yang sis suka dan secara tidak langsung sis  juga dapat berinteraksi dengan si penulis dengan memberikan komen atau pendapat mengenai sesuatu isu tersebut. Jika sis membaca buku pastinya sis tidak dapat berinteraksi terus dengan si penulis.

2- Dapat meluahkan rasa dan perasaan.
Sis sudah lama tidak menulis diari lagipun sis rasakan lebih selesa dan seronok berkongsi cerita seharian dan kadangkala perasaan di dada blog. Dengan cara ini sis bukan saja dapat berkongsi apa saja yang sedang terbuku di hati malah kadangakala sis juga dapat nasihat percuma dari para blogger yang lain. Secara tidak langsung sis dapat rasa yang sis tidak berkeseorangan.

3- Dapat memperoleh ilmu
Para blogger turut berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang jadi kita boleh mendapatkan ilmu dalam ada saja aspek yang kita suka. Tidak susah, cari saja apa-apa tajuk yang ingin kita tahu, Inshaa Allah pasti Google akan syorkan pelbagai artikel yang berkaitan.

4- Dapat menjana pendapatan
Jika menulis di dalam media sosial yang lain, selalunya tidak akan ada apa-apa pendapatan yang boleh di perolehi dari tulisan tersebut. Tetapi sebaliknya berlaku di dalam dunia blog. Di sini para blogger bukan saja dapat menulis apa saja yang ingin di kongsikan malah dapat juga menarik perhatian pihak pengiklan seperti Nuffnang dan Addsense. Pendapatan blogger ada yang mencecah 4 angka sebulan. 

5- Dapat mencantikkan blog
Ini adalah perkara yang paling sis suka sebab sis memang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang dekosari blog. Semakin hari sis semakin ingin belajar dalam bidang ini dan sis juga suka untuk mencantikkan blog rakan-rakan blogger yang lain. Sis paling suka mencantikkan bahagian menu tab (navigation bar). Bagi sis bahagian ini cukup penting bukan hanya kerana tempatnya yang berada di bahagian kepala blog tetapi sebab ia yang akan membantu membawa pembaca dari satu kategori ke satu kategori lain dengan lebih cepat dan mudah.

6- Dapat mendalami bidang SEO
Apakah itu SEO? SEO bermaksud Search Engine Optimization. SEO berkait rapat dengan mesin carian google dan sekiranya sesebuah blog itu cukup mesra dengan SEO bermakna blognya akan muncul di tangga teratas setiap kali artikel yang di tulisnya berkaitan dengan tajuk carian yang di taip oleh seseorang di kotak carian Google . Apabila sesuatu blog itu berada di tangga teratas ini bermakna blognya akan lebih di kunjungi oleh orang lain berbanding dengan blog yang sama sekali tidak di rekomen oleh pihak Google.

Sebagai contoh, apabila di taip perkataan SIS, terdapat sebanyak 238,000,000 jumlah artikel yang dapat di kesan oleh Mr. Google. Apa saja perkataan yang kita taip pasti akan muncul hasil cariannya oleh pihak Google.dan untuk berada di tangga teratas pencarian bukanlah satu kerja yang mudah. Sebab itu kita perlu belajar selok belok SEO supaya blog kita berjaya berada di dalam senarai teratas Google.


Untuk menjadikan sesebuah blog itu sebagai mesra SEO, kita perlu praktikan beberapa perkara asas ketika menulis blog iaitu:

Tajuk artikel bertepatan dengan isi yang bakal di tulis 
bayangkanlah tulis tajuk entry cara-cara untuk pikat hati ibu tetapi isi di dalamnya tentang cara mandikan kucing. Kan tak kena tu. Jadi tajuk yang akan di pilih haruslah tepat dan ada kena mengena dengan isi yang akan kita tulis. Cuba sedaya upaya kerah otak tu untuk cari perkataan yang sesuai okay.

Artikel di tulis sebanyak 300-500 patah perkataan
sis akui bukan mudah nak menulis panjang-panjang dan ini merupakan salah satu kekurangan yang ada pada diri sis. Naik mati kutu memikirkan apa lagi ayat yang perlu di gunakan demi memanjangkan sesebuah artikel. Tak di nafikan kadang-kadang sis mula menulis merapu meraban semata-mata nak panjangkan artikel.. ops.. Tapi, bila di fikir balik memang betul pun perlukan perkataan yang panjang sesama menulis, ye lah... bayangkan kita sedang cari info tentang sesuatu perkara, susah payah berjalan bersama encik Google dan bila dah jumpa baru baca dua perenggan dah habis artikelnya. Hmmm... nampak sangat kita tidak puas hati dan jangan harap nak singgah di blog tu lagi.

kupas isi artikel secara jelas dan terang
Terang lagi nyata, orang tidak akan suka baca sesuatu artikel yang entah apa-apa. Kita kena sedia maklum blog merupakan salah satu dari sumber bacaan yang sentiasa di guna pakai oleh orang ramai di luar sana, untuk apa? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dapatkan info, ilmu dan tips yang tepat, lengkap dan padat. Kerana itu kita di syorkan untuk menulis sesuatu artikel yang kita rasakan sudah cukup bagus dan berbaloi untuk di kongsi.

sentiasa menggunakan ejaan yang penuh dan betul semasa menulis
"sy x ska r awk.. mls r nk lyn.." aduh... pening kepala nak membacanya. Macam tengah main teka-teka pun ada. Tolonglah kalau nak tulis baik tulis dengan terang dan jelas. Janganlah buang masa para pembaca. Sis cakap terus-terang, kalau sis singgah di mana-mana blog dan begini cara dia mengeja sis terus cabut. Jangan marah...

amalkan penulisan berbentuk 'why and how' semasa menulis
terdapat banyak definasi dan pendapat tentang cara penulisan konsep 'why and how' ini. Sis sendiri masih belajar untuk lebih mendalami konsep ni. Apa yang sis praktikkan sekarang ialah sis akan bertanya terlebih dulu pada diri sendiri sebelum memulakan sesuatu penulisan. Kenapa mahu menulis tajuk ini, pada siapa mahu disasarkan artikel ini dan bagaimana mahu menyampaikannya supaya dapat di terima baik oleh semua pembaca? Sis juga suka menulis dengan ayat yang lebih berbentuk tanda tanya di awalan cerita supaya pembaca terus melekat dari awal bacaan sampai habis.  Macam yang sis cakap tadi, sis sendiri masih belajar tentang hal ini jadi agak sukar untuk sis terang dengan lebih detail.

apa yang di tulis adalah idea sendiri
ini adalah satu perkara yang cukup penting di dalam dunia blogging. Memang betul, kebanyakkan topik yang di kongsikan adalah hampir sama antara satu blog dengan blog yang lain tetapi tidak semestinya isi yang cuba di sampaikan adalah sama. Jadi semakin kita membaca, semakin banyak pendapat, info, ilmu dan tips yang akan berjaya kita kumpulkan. Kerana itu, sebagai seorang blogger adalah tidak sepatutnya mengamalkan sikap copy paste semasa berblog. Adalah lebih bagus jika menulis dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Bila menulis sendiri ia bukan saja dapat memperlihatkan siapa kita sebenarnya malah ia juga dapat membantu kita mempertingkatkan gaya penulisan yang lebih baik dari masa ke semasa.

gunakan gaya penulisan yang asli (tidak terikut dengan orang lain)
Semestinya semua blogger ingin blog masing-masing di kenali ramai. Mahu blog sentiasa berada di tempat teratas carian. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang terkenal bukannya satu perkara yang mudah. Bagi sis menulis blog biarlah dari hati. Tidak perlu terikut dengan gaya penulisan orang lain sehingga membuatkan kita sendiri rasa tidak seronok ketika berblog. Be yourself, itu yang paling penting.


22 comments for "Menulis bersama SEO"

  1. Part navi bar tu saya memang tak pandai la kak nak buat macam akak ni. haha last2 letak gambar mcmtu je dekat blog saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar pun ok... lagi nampak smart n cantik.. sah2 tak akan sama dengan orang lain. sis sendiri pun suka pakai gambar sebenarnya tapi kalau blog responsive tak sesuai la pulak kan..

      Delete
  2. Wah perkongsian terbaik ni Sis... Banyak info berkenaan buat blog ni.. Setuju dengan point-point tu sis... perkataan, gaya penulisan penting... nak berkembang jangan tulis ayat pasar banyak sangat... nanti Mark Zukenberg tak faham... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. blog ni kan tempat untuk menulis dan membaca. kalau tulisan pun tak betul macamana tu?

      Delete
  3. great tips :)
    tq for sharing.
    byk kena baiki gaya tulisan aida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 aida.... sis pun banyak benda nak kena belajar lagi ni

      Delete
  4. Tips yang baik. Tapi saya pun ada masalah dengan nak buat post entri panjang2. huhuhu

    ReplyDelete
  5. dah ramai yang mula belajar buat blog.. good luck

    ReplyDelete
  6. wah..satu penerangan yang amat jelas sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sikit2 tu boleh lah. saya sendiri pun banyak lagi nak kena belajar sebab ilmu blog teramat luas :D

      Delete
  7. gaya penulisan memang sangat penting.
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  8. Sissss nak belajar buat navigation bar plisssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 boleh email pd sis di rosebirumuda@gmail.com TQ

      Delete
  9. Terima kasih.

    sisadiq.wordpress.com

    ReplyDelete
  10. Thanks tips ni sis hawa. Saya tak pandai sangat untuk guna perkataan yang senang menjadi tumpuan SEO. Kadang-kadang berhari-hari jugak betulkan ayat, untuk pastikan orang faham apa yang saya cuba sampaikanπŸ˜….
    ~semoga blog sis terus berkembang maju

    ReplyDelete
  11. still learning and practicing

    ReplyDelete
  12. Walaupun saya sudah menulis blog ni hampir 10 tahun tapi untuk menulis dengan cara dan gaya penulisan SEO tu masih lagi bertatih nak belajar.

    Seriusli bukan mudah. Sebab setiap tahun google adsense sentiasa mengubah tetapan "searches" sesuatu content itu untuk betul-betul memberi faedah kepada mereka yang mencari maklumat di google.

    Hmmm .. susah kan .. (melainkan kita kerja dekat ofis google, so boleh lah tanya pakar SEO dekat situ) hehehe ...

    ReplyDelete