7 Feb 2017

Bukti Trafik Melonjak Naik Selepas Blogwalking



Sebaik saja artikel ni siap di tulis aku sempat termenung hampir sejam di hadapan laptop aku ni. Nak publish ke tak ya? Hati dan akal aku ni macam biasa, asyik nak 'berperanggg je' tapi alhamdulillah di hujungnya tetap akan dapat satu kata sepakat yang di panggil KEPUTUSAN. 

Dan di mulai dengan ucap kata Bismillah Hirrahman Nirrahim,.. keputusannya, aku publish!!  Moga-moga keputusan yang aku ambil pagi ini dapat memberi manfaat pada pembaca yang lain, ameen. Aku publish demi menaikkan semangat blogger-blogger baru yang lain, itupun kalau diaorang ada baca laa.

Dipendekkan cerita, sepanjang Januari aku sama sekali tidak blogwalking sebab sibuk cari idea bagaimana nak tampilkan blog ni untuk umum (lepas belajar dari kesilapan lalu). Blog aku sepanjang Januari kelam dan suram di selaputi kabus tebal seperti dalam gambar kat atas tu. 

TRAFIK NUFNANG MENINGKAT

Kini alhamdulillah semakin hari kabus mula menipis sedikit demi sedikit hingga aku boleh bangun untuk terus menapak beberapa langkah lagi ke hadapan. 

Kehadiran pelawat mulai bertambah perlahan-lahan. Walau sedikit bagi orang lain tapi cukup besar dan amat bermakna untuk aku. At least aku tahu yang aku tak hidup dalam 'pekan hantu!'. (Nak tahu apa kisah di sebalik pekan hantu? tekan SINI )

Inilah dia hasil kenaikan trafik untuk blog ni selepas aku mula menanam azam untuk berblogwalking dengan serius pada 29 Jan yang lalu. Boleh tengok sendiri perbezaan yang amat ketara pada 28 dan 29 Jan. Sebaik saja start blogwalking blog aku yang tak seberapa ni mula menerima kunjungan dari blogger yang lain di luar sana (termasuk awak lah... hehe..). Kenaikan trafik melonjak melebihi 100% walau hakikatnya aku baru  saja start berblogwalking selama seminggu.

Trafik Nunffnang meningkat

                                              
Dan pagi ini pelawat sudah mulai singgah ke blog ini samada untuk menyapa selamat pagi secara terang-terangan atau sekadar mahu membaca secara senyap di sebalik selimut.

cara tingkatkan trafik nuffnang

Aku rasa bukti di atas ni sudah terang lagi bersuluh. Bagi blogger baru seperti ku, dengarlah nasihat otai-otai lama dalam dunia blogging ni... kalau mereka kata kena blogwalking, maksudnya kena lah tu. Jika serius mahu majukan  diri dalam bidang blog ni, silalah majukan diri masing-masing untuk kepuasan diri sendiri di masa akan datang.

Nampaknya masih jauh untuk Cik Nuffnang dan Mr.Addsense menoleh ke blog aku ni.. takpe, baik usaha dari hanya duduk saja.. chaiyoo!!



Suka join giveaway? KLIK SINI
Nak berkawan dengan para blogger? KLIK SINI
Nak 30 produk sample percuma? KLIK SINI
Suka minum Milo? KLIK SINI

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Bukti Trafik Melonjak Naik Selepas Blogwalking
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

29 comments

Tulis comments
avatar
7 February 2017 at 10:32

Wahh seronoknya.. Tips yang berguna. :)

Reply
avatar
7 February 2017 at 10:33

Yup, blogging sangat penting dan jangan lupa jugak tinggalkan jejak untuk sahabat blogger singgah balik blog kita. Happy blogging! :)

Reply
avatar
7 February 2017 at 10:50

rajin blogwalking memang banyak faedahnya, saya pun masih berusaha nak memikat google Adsense ni hehe jual mahal dan banyak songeh betul adsense ni hehe..

Reply
avatar
7 February 2017 at 10:51

Setuju dengan blogwalking sebagai salah satu cara meningkatkan trafik... Alhamdulillah dah meningkat dan semoga terus meningkat...

Reply
avatar
7 February 2017 at 11:34

happy sebab tak duduk di pekan hantu sorang-sorang :D

Reply
avatar
7 February 2017 at 11:35

betul.. shoutbox perlu ada pada tiap blog untuk tinggalkan jejak. Happy blogging! :D

Reply
avatar
7 February 2017 at 11:36

Samalah... dah 5hari request adsense, baru lepas stage 1. entah ke lepas entah ke idak. Takpe, kalau failed nanti kita cuba lagi. gooduck!

Reply
avatar
7 February 2017 at 11:37

itulah.. rajin ngan malas je sebenarnya.

Reply
avatar
7 February 2017 at 12:00

Tahniahhhh, betul la kena banyak2 blog walking walaupun penat dah nak berjalan haha. tapi best juga baca penulisan org ni sebenarnya.

Reply
avatar
7 February 2017 at 12:08

terima kasih syed, takpe penat yang akan membuahkan hasil.. kipidap

Reply
avatar
7 February 2017 at 13:27

aida percaya dgn kuasa blogwalking.
memang ada hikmah nyer kita rajin.
org pun rajin la singgah kunjungan balas :)

Reply
avatar
7 February 2017 at 14:00

betul.. buktinya sekarang ni juga nak pergi balas kunjungan aida.. :D

Reply
avatar
7 February 2017 at 14:27

selamat berblog dear. sikit-sikit lama-lama jadi gunung. ;)

Reply
avatar
7 February 2017 at 14:59

Tahniah sis hawa, memang semakin kita rajin blogwalking, semakin ramai view balik blog kita, hahaha hypothesis accepted.

tapi kita kena la tinggal jejak, rugi je kalau singgah tapi tak baca and comment.

Reply
avatar
7 February 2017 at 15:23

betul3x.. janji ada perkembangan yang lebih positif

Reply
avatar
7 February 2017 at 15:24

sungguh... alang-alang dh singgah baik la tinggalkan jejak dan komen kan, kalau tak camana orang lain nak tahu pastu dok meroyan takde sapa baca, acaner?

Reply
avatar
8 February 2017 at 11:13

kena rajin bw.. cuma kekadang masa terhad.. anyway.. selamat maju jaya

Reply
avatar
8 February 2017 at 11:14

akk follow sekali...

https://notalinice.blogspot.my/

Reply
avatar
8 February 2017 at 11:25

selamat maju jaya utk akak jugak. terima kasih sudi jalan sampai ke sini :D

Reply
avatar
8 February 2017 at 11:26

dah singgah dan follow akak jugak

Reply
avatar
8 February 2017 at 12:25

betul-betul. blogwalking ni membantu dari segi naikkan trafik blog + menjana idea nak karang apa kat entri hhahaha. wish you luck ;)

Reply
avatar
8 February 2017 at 12:30

alamak, blogger terkenal datang singgah ke sini. Malu sis :D

Reply
avatar
8 February 2017 at 15:35

so, moh ler kite berblogwalking .

Reply
avatar
7 March 2017 at 13:48

Wow.. banyaknya.. terpaksa la saya blogwalking kat sini juga..

Betul memang meningkat trafik, berganda2 lepas blogwlking.

Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada sesiapa yang pernah singgah ke blog saya.

Thank You. Hehe

Reply
avatar
8 March 2017 at 22:12

bnykkan berjalan dan berkawan. nanti blog sendiri juga yang untung :D

Reply
avatar
8 March 2017 at 22:40

wahhhh...tips berguna ni...pasal saya ni agak bodoh sombong sikit..tambah pemalas huhuhu...mulai saat ini saya akan follow cara awak...semoga lebih ramai lagi blogger otai bgi tips bermanfaat untuk saya gunapakai...salam kenal dari saya

Reply
avatar
9 March 2017 at 00:40

salam kenal juga. saya bukan tahap otai lagi cuma saya memang suka cari info dan tips tentang blogging. Puan follow je tips dan info inshaaAllah saya yakin akan ada peningkatan

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.