Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Teringin Nak Tegur Blogger Terkenal Tapi....


Teringin Nak Tegur Blogger Terkenal Tapi....

AKU TAK BERANI .....

Aku memang selalu jugak singgah berulang kali di blog mereka semua tu sebabnya;
  • aku cukup suka dengan cara penyampaian di blog mereka
  • aku respect dengan segala ilmu blogging yang mereka ada.
  • aku boleh dapat banyak tips dan tutorial dari blog mereka.
  • aku boleh dapat ilmu-ilmu baru tentang dunia blog.
  • aku boleh cuci mata tengok gambar di blog mereka yang lawa-lawa.
  • aku boleh tumpang bangga tengok pencapaian mereka sebagai seorang blogger

Tapi sayangnya, aku masih belum berani nak tinggalkan apa-apa komen di entry blog mereka semua. Ye lah aku ni blogger ikan bilis je kot, kecikkkk sangat sedangkan mereka semua tu dah di tahap ikan paus. Segan pula rasanya nak menegur. Kadang-kadang rasa macam menganggu pun ada sebab sah-sah blog mereka mempunyai trafic yang sangat-sangat lancar dan laju walaupun tanpa jejak kaki aku di situ. Rasa macam aku naik keta kancil dan berhimpit di celah deretan kereta mewah pun ada. Haha..

Aku tahu aku tak sepatutnya bersikap begini. Bagaimana blog aku nak maju kalau aku sendiri segan nak berdepan dengan blogger lain di luar sana kan? Jangan risau, aku memang sedar semua tu. Cuma apa yang aku nak katakan, biarlah dulu. Buat masa ini aku masih perlukan sedikit waktu untuk aku cuba mendaki anak tangga ini satu persatu sambil memandang mereka yang telah pun lama berada di atas sana. Jika rezeki aku baik, Inshaa Allah sampai lah aku ke puncak tersebut dan jika rezeki aku tidak baik sekalipun aku tetap akan berpuashati kerana telah berusaha sedaya upaya dengan kudrat aku sendiri.

Apa yang penting, aku tetap menjadi diri aku sendiri dan berblog dengan seikhlas hati.


(sapa sangka keta kecik ni boleh naik atas karpet merah.. hehe )

Sebagai seorang blogger yang masih baru, aku amat-amat berterima kasih di atas segala ilmu dan bahan bacaan yang telah blogger-blogger terkenal ini berikan pada aku selama ini. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa baik kalian.

25 comments for "Teringin Nak Tegur Blogger Terkenal Tapi...."

  1. its ok sis.... kita semua bersaudara... tgl jer komen jika sis rasa nk komen...

    ReplyDelete
  2. Betul tu. malu juga kadang2 nak tinggalkan komen. Tapi takpalah, ketepikan je semua tu. Pakai comment je suka hati haha.

    ReplyDelete
  3. Janganlah macam tu sis Hawa, semua blogger otai sebenarnya peramah je,hehehe saya pun blogger ikan bilis tapi beranikan diri approach sana, tak rugi tinggalkan komen situ, boleh jadi penyumbang trafic kita juga.

    Yang mai kenal blogger terkenal yang humble adalah macam abang ben & hasrul hassan.

    apapun sis hawa, tahniah sebab menang cash RM50 giveaway slimmtreat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab komen dan terima kasih sebab khabarkan berita gembira ni, serius sis tak perasan langsung :D

      Delete
  4. Assalamu'alaikum...

    Apalah yang hendak disegankan. Walaupun kakcik tidak termasuk dalam kategori blogger popular yang Siti maksudkan, tapi kakcik ok je terima komen... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kakcik... alhamdulillah, makin menipis dah rasa segan kalau macam ni.. hehe

      Delete
  5. X yah segan, ruang komen free je... hehe

    ReplyDelete
  6. tegur je .. tp diorang ni jarang nk balas . aril prnah komen dlu dkat blog seorang yg pemes tu . tp tp tp tp tp tp, mana la nk knal dngan blogger x pemes mcm aril ni. hahahhaha..

    KECIK pulok raso diri ni. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.. perasaan ni lah yang buat sis fikir dua kali tu..

      Delete
  7. Aril dh masukkan blog sis dalam bloglist ril . blh la jenguk2 kjap lg ..

    ReplyDelete
  8. Salam, singgah sini jenjalan jap hihihi.. ameridzuan.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah.. sis dh balas kunjungan :D

      Delete
  9. diorang semua ok jer sis =) percaya la cakap dayah, sebab dayah kenal, dekat blog memang susah sikit nak komen satu2 bagi yang terkenal tu, sebab sekali post, komennya banyak, hehe, kalau macam kita yang bilis ni, mampu lagi la nak balas, sebab tak banyak sangat, (dayah la tu T_T haha) try komen di fb or ig, dalam masa yang sama, blog pun komen juga, jadinya, disitu diorang dapat kenal kita secara tak langsung, =)

    dayah suka dengan sis, sebab selalu datang blog dayah..haha by the way, kita blogger bersaudara kan? =)

    ReplyDelete
  10. bagus juga tips yg dayah kasi ni. Inshaa Allah, nanti sis try buat.. :D (of course kita blogger bersaudara)

    ReplyDelete
  11. hehe elsa lagi kecik kak hawa. lagi anak cucu ikan bilis kot hahaha. Elsa start blogging baru jeh mac 2016. tapi baru tahun baru nie elsa nak serious dalam blogging. sebab tu page views baru nak meningkat naik, baru sibuk belajar SEO dan sebagainya. so kita sama sama boleh share ilmu blog yay hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. serupa la kita... takpe elsa janji kita tak copy paste ke apa kan? minat mahu terus menulis tu yang penting

      Delete
  12. memang diorang jarang nak balas.. komen je dik.. tapi jangan harap balasan.. insyaAllah nanti kita ok je..orang popular memang biasa kita kenal dia tapi dia tak kenal kita...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga!! nama pun popular kan? komen ni win! :D

      Delete
  13. Blogwalking, salam kenal sista. From newbie juga nih. Tinggalkan pesan di blogku, insya Alloh tak balas kunjung balek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga. terima kasih singgah di blog sis :D

      Delete
  14. Kalau sy just tinggal aje komen kat blog or kat FB. Apapun kita semua sama-sama blogger .. dunia kita sama cuma terkenal dan xterkenal aje bezanya.

    ReplyDelete