Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Idamkan CPUV Dari Nuffnang

Dalam hati memang mengidam sangat untuk dapatkan CPUV dari Nuffnang tapi apa boleh buat sampai sekarang belum kesampaian lagi. Aku dah contact Nuffnang bertanyakan hal CPUV ni dan inilah jawapan yang telah aku terima daripada pihak mereka beberapa hari yang lepas.

[ Dah banyak kali aku contact pihak Nuffnang ni dan aku perasan soalan yang di hantar cepat di balas dengan jawapan yang cukup lengkap. Terima kasih Nuffnang ]

************************
Apa itu CPUV?
CPUV bermaksud 'Cost Per Unique Visit'.

Apa itu Unique Visit?
Unique Visit adalah pelawat yang singgah ke blog kita dari alamat (IP Adress) yang berlainan.

 Sebagai contoh hari ini blog aku telah menerima kunjungan daripada blogger  Anum, Mayyjie, SJM, Jia Rizaira dan  Amerzing maka mereka adalah Unique Visitor yang akan ambil kira oleh Nuffnang untuk menaikkan jumlah CPUV untuk blog aku ini. Namun seandainya mereka tinggal serumah dan log in menggunakan laptop atau komputer yang sama untuk singgah di blog aku ini, pihak Nuffnang hanya mengambil kira kedatangan mereka berlima sebagai 1 Unique Visit sahaja. Kenapa? Kerana mereka datang dengan menggunakan IP Adress yang sama.

Satu IP Adress bermakna 1 CPUV dan jika kita melawat ke blogger rakan lain, secara tidak langsung kita juga telah memberikan 1 CPUV pada rakan blogger tersebut. Sebab itu para blogger perlu ada sikap suka berkawan untuk saling memberi dan menerima. Jangan hanya tahu menulis artikel saja tapi malas untuk berkunjung untuk membaca artikel daripada rakan yang lain.

Bagi CPUV yang diberikan oleh Nuffnang. Status On going bermakna kempen sedang berjalan dan status Credited bermakna kempen tersebut sudahpun berakhir dan jumlah pendapatan telahpun di salurkan ke dalam akaun Nuffnang kita.

Setelah berjaya mendapatkan mana-mana kempen CPUV daripada pihak Nuffnang, kita perlulah lebih berkerja keras untuk meningkatkan tahap trafik pada blog. Mudah cakap berusaha sedaya upaya untuk menarik ramai pengunjung ke blog sendiri. Ye lah, kita kan sudah sedia maklum yang CPUV ini bergantung pada jumlah Unique Visitor yang singgah ke blog jadi semestinya kita perlukan jumlah pelawat yang ramai untuk banyakkan income CPUV ini.

Cara Terbaik Untuk Tingkatkan CPUV Nuffnang ialah:
  • Blog haruslah berstatus Glitterati
  • Sentiasa menulis artikel baru, sekurang-kurangnya 1 artikel sehari
  • Selalu kemaskini survey di lamanweb Nuffnang
  • Selalu hantar soalan kepada Nuffnang
  • Rajin blogwalking dan tinggalkan jejak di blog orang lain
  • Anjurkan contest, giveaway atau segmen supaya blog cepat di kenali
  • Ikut serta dalam giveaway, contest dan segmen yang di anjurkan oleh blogger lain
  • Menjadi penganjur (sponsor) kepada giveaway orang lain

Itulah info dan tips yang boleh aku kongsikan tentang CPUV dari Nuffnang. Tidak di nafikan CPUV dari Nuffnang ke atas para blogger tidak semeriah dulu namun tidak ada salahnya untuk kita terus berusaha. Moga apa yang di kongsikan dapat memberi manfaat pada rakan blogger yang lain terumatanya untuk blogger-blogger baru seperti diri aku ini.

7 comments for "Idamkan CPUV Dari Nuffnang"

  1. terima kasih share info ni sis. lama dah sy dalam dunia blog ni, tapi baru2 ni ja saya ambik berat tentang nuffnang

    ReplyDelete
  2. Semoga dpt cpuv banyak2..
    Mrs pip dah lama register nuffnang, tapi cpuv mmg tak dapat :(
    Tapi sis dah buat entry cenggini, semangat la juga mau ping nuffnang bertanya khabar, hehe...

    ReplyDelete
  3. baru mrs anna tau...thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. info yang terbaik...good luck Awa

    ReplyDelete
  5. aida memang amalkan blogwalking ke tukang komen punyer blog. and sometimes scroll reading list.
    aida ni kurang pandang ke nuffnang, hawa. because dari dulu agak sendu.
    baru skali cashout. alhamdulillah.
    masa pun kurang nak blogging & blogwalking, so sederhana jer la.
    but, memang aida faham kekuatan blogwalking. make friends.
    ada juga blogger yg aida tgk pilih bulu juga utk blogwalking.
    tapi tu ikot masing-masing la kan, hawa. tiada paksaan.

    ReplyDelete