Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aku Teringin Nak Beli Barang IKEA Tapi....

Aku teringin nak beli barang IKEA tapi.... suami aku tak izinkan. Huhuhu. Nak tahu kenapa suami aku tak izinkan? Kerana...

Suami aku cakap dia nak buat sendiri perabot kat rumah. Seriously, aku memang geram sangat tengok perabot-perabot dari IKEA tu sebab ia cukup kena dengan style aku yang sukakan sesuatu yang simple dan unik. Tapi sebagai isteri kenalah ikut cakap suami kan?

Entahlah, kalau nak di ikutkan dulu-dulu aku mengidam nak rumah banglo dengan perabot empuk empuk tapi sejak suami aku ni minat bertukang dengan aku sendiri telah berubah citarasa. Tak payah lah rumah banglo, rumah biasa pun aku dah bersyukur. Malah makin hari aku makin jadi jatuh cinta pada perabot DIY. Walau ada yang kata perabot begini tidak cantik dan nampak biasa tapi bagi aku ia cukup bermakna dan nampak sweet. Kalau suami aku penuhkan satu rumah dengan perabot kayu pallet pun aku suka.Lain orang lain citarasanya kan?

Nak tahu barangan apa yang telah suami aku siapkan? Jom layan gambar-gambar kat bawah ni.... :)





Selain dari semua ni suami juga ada membuat tapak hantaran dan juga cake stand. Pada mulanya sekadar buat suka-suka je tapi alhamdulillah sudah ada orang yang hubungi kami untuk membuat tempahan. Harga yang kami kenakan pun murah-murah je sebab ini semua lebih kepada hobi :D



Ada ke yang nak kahwin dalam masa terdekat ni? Kalau ada dan nak tapak hantaran yang unik dengan harga yang terlajak murah, boleh hubungi sis ye. Tapak hantaran macam ni tak payah lagi susah payah untuk letak reben dan lain-lain, hanya perlu letak bunga je sikit di atasnya supaya barangan hantaran tampak lebih menonjol dan semestinya semua tapak hantaran ni boleh di gunapakai oleh seluruh ahli keluarga. Kalau rasa boring dengan colour asal boleh di cat dengan colour yang lain dan jika nak lebih menguntungkan boleh buat sewa pada teman-teman. Suami gunakan kayu baru yang di beli terus dari kilang.


   
    



Ada banyak lagi design untuk tapak hantaran dan cake stand ni sebenarnya tapi tak sempat nak snap. Yang pasti, semua tapak hantaran ni telah di buat dengan penuh kasih sayang. Tapak tapak hantaran ni juga sangat tahan lasak dan boleh menampung berat sehingga berpuluh kilogram. Nak tahu sebab apa sis yakin?

Tu haa.. cer tengok tue. Orang sibuk nak ambil gambar 'dia' sibuk nak buat quality control. Bukan main lagi di tonggek ke arah kamera ni. Sabar je la :D


Jika nak tahu detail lanjut berkaitan barangan di atas, boleh emailkan ke : rosebirumuda@gmail.com

Belum pernah shopping dengan IKEA. :(

15 comments for "Aku Teringin Nak Beli Barang IKEA Tapi...."

  1. wahhh kreatifnyaaaa suami kak hawa.. hehe.. ye tak dinafikan barang ikea mmg memikat hati tp kalau buat sndiri lg jimat dan cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah buat sendiri rasa lebih puashati :D

      Delete
  2. waaa.. kreatifnyaaa husband u beb.. Muda2han bisnes berkembang maju.. Aminn..

    ReplyDelete
  3. wahhh abg qamar memang tbaik!!! dari zaman sblm nikah ngn kak awa ( pgaruh cerita kak awa ni ).. Doakan Unni dpt husbnd sabaik abg qamar yer kak awa..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah Unni. Sis doakan. Unni seorang anak yang soleh, sis yakin mesti Allah akan hantar seorang pembimbing yang baik untuk Unni

      Delete
  4. wahhh, kreatifnya bro qamar. paci sy pun sejak pencen, aktif DIY perkakas kat rumah

    ReplyDelete
  5. Belum lagi pernah jejak IKEA walaupun ofis dekat je.

    ReplyDelete
  6. Dear, byk koleksi kereta mainan..rak cantik pula tu....
    Seronok kan kalau boleh design sendiri semua dalam rumah,
    Design ikut citarasa, jimat pula tu...
    Sis dah tak perlukan ikea lagi...
    Perlukan Qamar sahaja :) , rumah nampak cantik.

    ReplyDelete
  7. Untung besar sis. Disamping boleh berjimat untuk sis keluarga boleh buat duit lebih ni. Tahniah sis hehe. Tabikkk ah !

    ReplyDelete
  8. cantiknya! sis dan husben memang berbakat!!

    ReplyDelete
  9. Kak Sue singgah sini.. selamat berkenalan Hawa :)

    Wah..cantiknya, Kak Sue pun suka barangan DIY..

    ReplyDelete
  10. Kalau mek, asal ade yg mek mintak je. Tkpe tkde cop ikea pon. Asalkan sebiji cm yg mek nk :) Lagipun jimattt poket ;)

    ReplyDelete
  11. Dasyat la Awa.. kreatif sungguh..

    ReplyDelete