Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Ayam Goreng Tempura BESTARI

Hello... hello.... buat apa tu? Dah makan belum? Tengok ayam goreng ni rasa terliur tak? Serius cakap aku sendiri rasa macam nak makan lagi lagi lagi dan lagi. Bukan setakat rangup di luar, lembut di dalam tapi rasanya juga boleh di katakan agak hampir dengan ayam goreng yang di beli kat luar sana tu.


Ohya, bagi yang tak perasan, sebelum ni aku dah kongsikan resepi dan cara untuk buat Wadges Ala KFC jadi sebab tu hari ni aku nak kongsikan pula resepi dan cara untuk buat Ayam Goreng Ala KFC. Jadi nanti boleh lah masak duanya sekali, nampak la lengkap sikit kan. Cara dan resepi untuk buat homemade nugget pun ada cuma tak sempat nak post serentak hari ini. Nanti-nantilah aku berikan cara dan resepi untuk buat nugget pulak ya. Dont worry semua resepi ni adalah hak cipta daku sendiri so tak sapa boleh marah... Dah jangan cakap banyak, jom kita start... :D

Bahan-bahannya:
  • Ayam
  • Tepung Tempura Original (jenama Bestari)
  • Tepung Goreng Ayam (brand apa takpe, kalau nak style hot and spicy beli yang pedas, kalau nk rasa original ambil yang biasa)
  • Telur ayam (di pukul)
  • Minyak untuk menggoreng
Okay, tu je bahan-bahannya... simple sesangat... sekarang cara untuk membuatnya pulak.

1- Campurkan 1 cawan tepung tempura original Bestari bersama 1/2 cawan tepung goreng ayam. 
2- Gaulkan ayam ke dalam telur yang telah di pukul sepenuhnya.
3- Salutkan ayam tadi dengan tepung sehingga menutupi keseluruhan ayam.
4- Gaulkan ayam yang telah di salut tepung tadi dengan telur sekali lagi.
5- Kemudian salutkan semula dengan tepung sehingga sebati.
6- Pastikan minyak betul-betul panas dan boleh lah di goreng cara deep fry (guna minyak banyak) dan masak dengan api yang perlahan... (ingat ya, kena guna api perlahan, kalau tak tepung hangus, isi dalam tak masak)

Kiranya celup ke dalam telur dan tepung adalah sebanyak 2x ya.. Ini untuk pastikan tepung lebih tebal dan rangup, makan pun barulah puas. Jika ayam banyak, ulang langkah demi langkah sehingga selesai.



























Ini tepung nya ya.. Aku memang suka guna jenama tepung Bestari ni sebab cukup senang nak guna. Actually tepung tempura ni sepatutnya untuk goreng sayur dan makanan laut.                                                                             
Cara nak guna tepung ni pun tak perlukan telur sebenarnya sebab tepung dari jenama Bestari ni boleh terus di bancuh dengan air untuk salut bahan makanan yang kita suka tapi di sebabkan rasa tepung ni memang sedap dan cukup bagus kalau di padankan dengan ayam, jadi aku olah sendiri kegunaannya mengikut cara yang aku rasakan sesuai.                        
                                                                 

Walau di belakang peknya telah di beritahu untuk tambah air tapi aku tetap ambil keputusan untuk gunakan secara kering. Daripada gunakan air, aku ubah dengan gunakan telur sebabnya kalau guna telur masakan tu akan jadi lebih rangup dan sedap. Bau pun lebih menyelerakan. tengok la tu, nampak sekilas pun dah tau tahap rangupnya tu macamana. Makan pulak dengan sos, perghhh... sedappp :D


SELAMAT MENCUBA!!

8 comments for "Resepi Ayam Goreng Tempura BESTARI"

  1. terima kasih share kak hawa :* In Shaa Allah bosan bosan boleh try hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. Inshaa Allah sedap macam tengah makan KFC.. cuba dulu baru tau

      Delete
  2. rangupnya tengok ayam tu . hehe nak try juga lah nanti .

    anyway cantik blog ni . kemas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rangup habis.. makan ratah je lagi best! macam tengah layan kfc... hee... (terima kasih atas pujian) :D

      Delete
  3. Replies
    1. memang senang pun.... sis suka masak yang senang2 je.. hahaha. yg penting sedap

      Delete
  4. sedapnyaaaa. busyra suka makan ayam mcm tu ja. lepas goreng. tak smpat tunggu makan dgn nasi dah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa! masak panas2 terus makan ratah ngan sos... perghhh sedap!! sis suka masak ayam goreng macam ni ngan wedges sekali.. KFC dari rumah.. hehe

      Delete