Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bukan Mudah Untuk Bergelar Suami Isteri

Sebelum ni aku dah cerita macamana aku boleh kenal, jatuh cinta dan lamar suami kan? Jadi sekarang aku nak share macamana kisah kami sebaik saja bergelar suami dan isteri.
Kalau awak nak tahu, sikap kami berdua amat jauh berbeza macam langit dan bumi. Bukan saja sikap malah latarbelakang kami juga amat berlainan sama sekali.

Qamar di lahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah. Ibu dan ayahnya bercerai semasa dia masih kecil dan peristiwa itu telah mengajarnya erti sebuah kemiskinan.Qamar merupakan anak ke 6 dari 9 beradik dan ibunya seorang diri yang terpaksa menyara kehidupan mereka dengan mengambil upah menoreh. Bayangkan sejak berusia 6 tahun lagi Qamar sudah mula membantu ibunya di kebun getah.

Aku pula anak bongsu dalam keluarga dari empat beradik. Aku punya dua orang abang dan seorang kakak. Sejak kecil aku di manja oleh semua ahli keluarga dan aku di hantar dan di jemput setiap hari dari sekolah sejak aku tadika sehinggalah habis SPM. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan kalau tidak ada duit di dalam poket kerana sejak menunggu keputusan SPM aku sentiasa di beri allowance. Soal pelajaran aku sama sekali tidak di pengaruhi oleh sesiapa. Apa saja bidang yang aku minat pasti ibu dan ayah akan beri sokongan yang penuh. Aku juga tak pernah sekali di pukul sejak kecil sampai sekarang malah aku boleh berkongsi apa saja cerita dengan ibu seperti dua orang kawan baik.

Perkahwinan aku dan Qamar memang penuh dengan cabaran. Dua insan yang saling sayang menyayangi tetapi punya kisah hidup yang jauh berbeza membuatkan kami berdua rasa kekok dan tertekan.

Qamar mahu aku berjimat tapi aku sendiri tidak pernah tahu bagaimana cara untuk berjimat. Benda apa yang telah aku bazirkan? Aku rasa semua benda yang aku beli adalah perlu dan penting! Sebagai contoh dia mahu aku kurangkan kos beli alat makeup tapi aku sudah lama pakai semua alat makeup dari jenama ni. Kalau aku ubah pakai jenama lain dan tidak sesuai dengan kulit macamana? Qamar juga mahu aku berbelanja ala kadar untuk barang dapur tapi aku dari dulu lagi sudah terbiasa dengan makanan yang sedap sedap.

Benda-benda begitu boleh buat kami bertegang urat sebabnya aku mahu pertahankan apa yang aku rasakan patut sedangkan dia mahu aku sedar yang hidup aku sekarang sudah tidak macam dulu lagi. Qamar mahu aku cepat-sepat sesuaikan diri dan ikut cara hidup dia yang suka menabung dan berjimat cermat sedangkan aku ni seorang yang suka berbelanja dan boros. Ye lah dia sejak dulu sudah bersusah payah cari duit sendiri sedangkan aku sejak dulu tak pernah tahu erti kepayahan mendapatkan duit. Apa yang perlu buat hanyalah minta dan minta. Nanti dah habis belanja aku hanya perlu minta untuk dapatkan duit belanja lagi.

Aku rasa amat tertekan dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk ceritakan semuanya pada emak. Emak pernah berulang kali suarakan pada Qamar untuk membantu dari segi kewangan tapi dia terus saja menolak. Katanya dia akan cuba sara keluarga guna duit dia sendiri. Aku memang dah agak itulah jawapan yang akan keluar dari mulut Qamar sebabnya memang dari dulu hidup berdikari sendiri. Kalau tidak masakan dia sanggup berkerja keras selama setahun di sebuah kilang semata-mata untuk dijadikan kos untuk membiayai pengajiannya dulu.

Aku sendiri tak menyangka yang aku dan dia boleh bergaduh sedangkan masa sebelum kahwin dulu kami sama sekali tidak pernah bertengkar. Percintaan yang sweet tapi sebaik saja berkahwin semuanya mula berubah. Tensionnya aku masa tu hanya Allah saja yang tahu.

Qamar ni memang kerashati soal hidup. Dia juga amat tegas apabila melibatkan harta benda orang lain. Sejak kahwin satu demi satu sikap sebenarnya mula muncul. Dan aku akui ada ciri-ciri istimewa dalam hidup dia. Demi Allah selama aku kenal berkahwin dengan Qamar dia sama sekali tidak suka menganggu dan mengambil hak orang lain. Sebagai  contoh dia pernah sekali jumpa wang sebanyak RM150 yang di ikat kemas di tepi jalan dan duit tersebut dia tidak guna sebaliknya di serahkan ke masjid bagi pihak empunya duit yang sebenar. Dia juga tidak pernah berhutang dengan rakan-rakannya walau ramai orang suka datang meminta untuk berhutang dari dia. Selain itu Qamar bukan seseorang yang suka meminjam maka di sebabkan itu seluruh ahli keluarganya tidak berani untuk meminjam apa saja barang dari Qamar sewenang-wenangnya. Jika ada pinjam apa-apa mereka akan jaga elok-elok kerana Qamar seorang yang amat hargai apa saja harta benda yang dia ada.

Bercerita tentang pinjam, aku nak storykan satu kisah. Dulu semasa aku mula berkahwin sehingga mengandung anak sulung kami belum punya apa-apa kenderaan. Ke sana sini hanyalah dengan menaiki bas dan berjalan kaki. Aku dan suami pernah berjalan kaki dari rumah sewa pertama kami di Bandar Teknologi Kajang sehingga ke Klinik Kesihatan Kajang. Kami berjalan kaki untuk pergi buat medical checkup sejak aku mula mengandung sehinggalah kandungan aku berusia 7 bulan. Bayangkan aku yang sering di hantar dan di jemput oleh ayah kini terpaksa menapak walau sedang berbadan dua.

[ dengan keadaan aku masa tu, pergi balik memakan masa 2-3 jam ]

Bila kandunganku masuk bulan ke 8, ibu dan ayah aku datang melawat dari kampung. Bila ayah dapat tahu yang aku dan Qamar ke sana sini dengan berjalan kaki maka ayah terus berkeras mahu belikan sebuah motorsikal baru untuk kami. Pada mulanya suami aku menolak tapi kali ini ayah gunakan kuasa vetonya dan suami aku terpaksa mengalah dengan sebuah syarat. Syaratnya dia mengambil duit tersebut dengan cara pinjaman. Nanti dia akan bayar pada ayah semula sedikit demi sedikit dan alhamdulillah ayah bersetuju tanpa mengenakan apa-apa faedah. Qamar akur dan terus membeli sebuah motorsikal baru secara cash pada minggu itu juga. Alhamdulillah dia berjaya selesaikan hutang ayah setahun kemudian yang di bayarnya secara beransur-ansur dan sehingga kini motorsikal tersebut masih elok di dalam jagaan Qamar walau sudah berusia hampir 15 tahun. Qamar cukup sayang dengan motor ni sebab ada kenangan antara dia dan ayahku yang kini sudah pergi dijemput ilahi.

Kesan daripada peristiwa tersebut rupanya amat besar. Keringat yang jatuh ketika aku berjalan kaki saat sarat mengandung dulu membuatkan suami aku berasa cukup bangga dan lebih menghargai diri aku ni. Dia pernah ceritakan kisah tersebut pada seluruh ahli keluarganya dan mungkin kerana itu ibu mertua aku amat sayang dan melayan aku dengan cukup baik sehingga ke hari ini. 
Aku masih ingat lagi masa berkahwin dulu, aku dengan selamba berterus-terang pada ibu mertua yang aku tidak tahu memasak. Jangan kata nak masak lauk, nak siang ikan pun aku tak reti. Ibu mertua aku sanggup datang dari kampung selama seminggu semata-mata untuk ajar aku asas di dapur. Aku dan ibu mertua sampai kini cukup rapat dan aku melayannya tak ubah macam ibu aku sendiri. Aku boleh memeluk dan mencium pipi ibu mertuaku sama seperti yang aku lakukan pada emak.

Pengalaman mematangkan fikiran. Ujian demi ujian datangnya untuk memberi kita sebuah pengajaran dan apa yang berlaku pasti ada hikmahnya di kemudian hari. Walau aku dan Qamar bermula dengan sebuah kepayahan namun kini kami dapat tersenyum lebar. 

Kekurangan aku adalah pada sikap boros yang masih belum dapat Qamar kikis 100% namun pelengkapnya adalah Qamar sendiri yang sentiasa menabung untuk kegunaan di saat kecemasan. Jika dulu aku terpaksa menapak berjalan kaki tapi kini aku telah di balas oleh Qamar dengan sebuah kereta baru yang diberikannya sebagai hadiah pada tahun 2009.

Apa yang penting di dalam sebuah perkahwinan adalah keikhlasan dan tolak ansur. Walau berbeza tapi apa salahnya kalau kita saling menerima kerana perbezaan itulah yang akan menjadi pelengkap antara kita dan dia.

Awak punya kenangan macamana? Ceritalah sikit..


9 comments for "Bukan Mudah Untuk Bergelar Suami Isteri"

  1. betul tu Awa..bila kita duduk sebumbung kita perlu bertolak ansur, kalau dulu kita suka berjalan2..kita kena tukar tabiat mengikut suami, hidup suami isteri kena ada toleransi..
    Tahniah Awa..semoga kebahagian Awa dan Qamar berkekalan bahagia hingga ke Jannah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah awa...hidup suami isteri perlu byk bertolak ansur & saling kerjasama terutama dlm menghadapi ujian & cabaran utk membesar anak2...moga kekal bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  3. Seronok baca cerita awa..
    Mrs pip pun walau tak sama dgn cerita awa tapi ada juga yang serupa..
    Mrs pip bufak bandar, anak tunggal perempuan dari lima beradik, membesar dalam keluarga sederhana walau tak kaya mana.. budak bandar, semua updated.. jimat cermat mmg tak reti hehe..
    Husband pula budak kampung hidup agak susah, semua kena jimat cermat..
    Tu lah bila dah kawin, byk sgt bezanya..
    Hehe, tapi perkahwinan mematangkan mrs pip ... syukur sgt.

    ReplyDelete
  4. WAHHH BESTNYA.. Belum merasa lagi berumah tangga ni ..doa kn unni kak awa..cia cia cia

    ReplyDelete
  5. Cerita saya belum ada lagi.. Mungkin belum ada jodoh lagi.. Doakan saya ek

    ReplyDelete
  6. Tolak ansur paling utama kan, bukan senang nak suruh orang berubah kerana kita. Huhu. Happy tengok sis Awa, tambah2 hubungan yang baik dengan mertua.

    Hehehehe, pastu berangan masa depan, entah apalah nasib mai nanti...

    ReplyDelete
  7. jengah sini pepagi Sabtu..#kamisukaterjahblog

    ReplyDelete
  8. Mek dlu pun boros sis. Teramat ! Sebab dimanjankan tunang. Hari ni launch ipad, esok dh ade depan mata. Tiap kali pegi mall, tk sah klau tk bwk balik beg besar (handbag purse jam). Tapi Allah maha kaya, diujinya hubungan mek. Dan disebabkn itu mek dpersoal segala yg telah mek beli dulu. Masih terasa panas cuping telinga bila diajukn soalan tu. Dari situ mek sedar, kita pkai ape skli pun tp klau org yg belikan, kita tkkn rase kpuasan. Lumrah mnusia, time baik ni memang la dipujinya kita. Bila dh mrh, diherdiknya kita.

    ReplyDelete
  9. cerita sy lom bermula lagi 😂 sy pun kira berboros juga bab makanan sebab sy suka makan dulu. duit habis dekat makanan ja. tapi skrg, jarang2 dah 😄

    ReplyDelete