4 Mar 2017

Full Edit Blog Untuk Nour Adieb

Alhamdulillah, rezeki datang lagi. Syukur ke hadarat Nya. Tempahan edit blog kali ni di request oleh Nour Adieb. 


Sebelum ni memang aku ada perasan yang Nour sering singgah baca entry dan tinggalkan komen cuma tak sangka yang Nour juga berhajat untuk dapatkan servis dari blog aku yang tak seberapa ni .. "terima kasih banyak-banyak ya Nour..." 

Bila di tanya blog macamana yang Nour nak? Katanya dia nak blog yang simple simple jer. Cuma kalau boleh dia mahu ada bunga-bunga di bahagian header. Itu saja. 

Bila di beri link untuk Nour memilih warna tema untuk blognya, Nour mengambil keputusan untuk memilih dua warna seperti di bawah ni. Bagi aku kombinasi dua warna ni memang baik sebabnya apabila di gabungkan dengan mana-mana warna kontra yang lain, automatik ia akan nampak semakin cantik dan menonjol.


Berbekalkan dua warna asas yang di pilih tadi, aku mula mengedit blog untuk Nour. Bermula dari header, footer, sidebar dan fly up button, aku matchingkan semuanya supaya nampak sedondon. Bahagian date, body post, komen dan footer post turut mengikut skema warna yang di pilih. Cuma aku buat keputusan drastik sikit dengan melekatkan sedikit elemen biru muda. Risau juga mula tu kalau Nour tak suka tapi aku terpaksa letak untuk naikkan seri warna di blog Nour. 

Selepas 24 jam bermain dengan kod, akhirnya tercantum juga menjadi satu. Sebaik saja selesai, aku terus emailkan pada Nour dan alhamdulillah... Nour sangat berpuashati... Syukur sangatttt sangatttt... fuhh.. lega.. Baru lah aku rasa boleh senyum balik sampai ke telinga.. haha..

 Jom kita tengok rupa blog Nour selepas di makeover

[ SEBELUM ]


[ SELEPAS ]



Bagi yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan edit blog macam Nour, boleh hubungi diri sis ni melalui facebook @ email. Jangan risau, harga yang akan sis kenakan teramatlah murah dan berpatutan. Untuk tempahan sepanjang bulan Mac, diskaun RM5 akan turut sis berikan....

Jom kita singgah blog Nour ramai-ramai.... https://nourayuadieb.blogspot.my

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Full Edit Blog Untuk Nour Adieb
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

18 comments

Tulis comments
avatar
4 March 2017 at 21:39

Wah rezeki lagi, memang terbaik sis... bukan mudah nak design blog ni, sbb setiap design nak kena berbeza dari design sebelumnya kan...

Reply
avatar
4 March 2017 at 21:53

Ya mesti kena beza... itu syarat paling utama. Kalau ada minat yang susah pun rasa senang, sama juga ngan tuan dlm bidang kimia dan nuklear tu.. hehe

Reply
avatar
4 March 2017 at 22:56

Dah cekap main coding blog ni .. kalau CCL ..tercari haa nak edit sana sini.

Reply
avatar
4 March 2017 at 22:58

wah mmg cantik lah blog yang design utk Nour..Suka tgk warna tu

Reply
avatar
4 March 2017 at 23:55

Waaa...
Pandai tuan rumah ni edit blog...apa2 pun pakwi blogjogging je nk sihatkn minda n badan...moga tuan rumah sihat juga ya...lama tak jogging ni....

Reply
avatar
5 March 2017 at 00:37

Suka juga gabungan warna tu, dulu terfikir nak guna purple untuk blog,last2 terlekat dengan peach,hihi

Reply
avatar
5 March 2017 at 01:00

alhamdulillah rezeki :) warna fevret busyra tuuuu. purple! cntik. <3

Reply
avatar
5 March 2017 at 07:08

nak kata expert sangat2 tu takde la. boleh lah sikit2 CCL.

Reply
avatar
5 March 2017 at 07:13

terima kasih... sis pun suka gak warna purple

Reply
avatar
5 March 2017 at 07:21

selamat berjongging pakwi!! :D saya doakan pakwi sentiasa sihat juga

Reply
avatar
5 March 2017 at 07:45

peach gabung ngan purple lagi lawa mai..

Reply
avatar
5 March 2017 at 07:47

itu la rezeki... sis pun suka gak purple.. comey comey

Reply
avatar
5 March 2017 at 16:57

Hehehe tak pernah terfikir pula kan. Macam menarik ni.

Reply
avatar
5 March 2017 at 17:28

lawa.. lagipun selalunya org pakai pink purple je, so kalau mai pakai peach purple memang nampak lain dr yg lain..

Reply
avatar
5 March 2017 at 21:02

terima kasih sis 😍 terima kasih sebab penuhi permintaan sy 😉 header nak bunga2 tu kononnya nak tunjuk girlish 😂

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.