Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Bina Blog Palsu !

Di ulang sekali lagi, Jangan Bina Blog Palsu! Nak tahu kenapa? Sebabnya aku cukup takut dengan sesetengah manusia yang sengaja membina sebuah blog dengan niat yang tidak baik.

Aku sendiri tidak tahu apakah motif sebenar mereka berblog. Kalau sekadar suka-suka isi masa lapang aku tak kisah, nak coret isi hati frust dengan pakwe pun aku tak heran tapi janganlah sampai buat sebuah blog yang tidak jujur.

Nak tahu kenapa aku cakap tak jujur? Okay cuba bayangkan...

  1. Tidak ada pengenalan diri pemilik 
  2. Tidak ada maklumat laman sosial untuk di hubungi
  3. Semua artikel adalah copy paste 100%
  4. Menggunakan gambar orang lain sebagai gambar profil
  5. Menggunakan ayat yang tidak sepatutnya
Aku sebenarnya ketengahkan artikel ni kerana bersimpati dengan nasib Farah, salah seorang blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. Kebetulan masa aku singgah di blognya tadi, dia baru saja terbitkan satu entry yang menceritakan bahawa dirinya di 'copycat' atau dalam erti kata lain identiti dirinya di curi oleh orang lain untuk membuat sebuah blog palsu.

Gambar Farah dijadikan sebagai profile oleh sebuah blog palsu

Bagi aku perkara macam ni tak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mencemarkan nama baik si blogger terbabit. Selain tu ia boleh menyebabkan salah faham ke atas si blogger tersebut yang sama sekali tidak tahu menahu tentang perkara yang sedang berlaku di belakangnya. 

Aku sendiri tak tahu nak cakap apa cuma yang aku pasti, kalau ini berlaku pada diri aku memang aku naik angin yang amat sangat sebabnya atas dasar apa 'gambar aku' di curi? Atas dasar apa buat sebuah blog yang konon-kononnya penulis blog itu adalah 'aku'? Ya Allah jauhkan lah aku daripada orang sebegini.

Bagi yang nak tahu kisah ni dengan lebih lanjut, boleh singgah dan baca sendiri di blog Farah. Kesian, amat-amat kesian tapi inilah dia salah satu dugaan yang sering berlaku apabila ada orang luar cuba ambil kesempatan dengan dunia blog yang amat kita sayangi ni.

SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA, SILA IKUT TUTORIAL INI SUPAYA ISI ARTIKEL DAN GAMBAR ANDA LEBIH  SELAMAT DAN SUSAH UNTUK DI CURI !!

25 comments for "Jangan Bina Blog Palsu !"

  1. takutnya jadi macam ni. mana nak tahu kan punya banyak blog

    ReplyDelete
  2. pelik dgn manusia yg mcm ni..menakutkan tapi dok tertanya juga apa motif dan keuntungan si penipu ni kan...semoga dijauhkan dari kita hendaknya

    ReplyDelete
  3. Sis saya belog Ori punya tau...no 1 dan 2 tu saya lah antaranya..takut sebab manusia tak semua baik...tapi yang pasti baik tu ramai...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. hehe. bukan apa, berjaga2.. :D

      Delete
  4. huhu kesian kak farah. tak patut laa diorang nie nak buat fake blog. bukan main gigih. mintak dijauhkan dari elsa jugak huhu

    ReplyDelete
  5. Sama kak Awa, saya boleh terima blog personal or teenage diary like, tapi kalau blog palsu memang tak suka. Baru-baru ni ada rakan fb pun mengadu yang ada blog buat auto feed dari blog dia, maksudnya bila dia publish automatic naik kat blog pencuri tu juga, tengoklah betapa jahatnya manusia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi smpai buat autofeed. Kurang asam betoi tu

      Delete
  6. ader cara leh lock semua pic anda kat blog jika x nak di curi ;-)

    ReplyDelete
  7. Semoga kita dijauhkan daripada perkara2 yang tak diingini.

    ReplyDelete
  8. Alamak, mcm ni pun ada ka?
    Risau juga ni...

    ReplyDelete
  9. Tertanya2 juga apa motif mereka copy others hmm

    ReplyDelete
  10. macam-macam zaman sekarang ni... tapi bila dh smp mengaibkan..mmg bahaya kan... Liez dah buat disable right click yang Awa pos tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. takut! buat disable bagus utk mencegah. Menjadi kan tutorial tu? mudah je

      Delete
  11. Menakutkan. Iskk minta jauh laa. Orang nak buat jahat ni tak fikir orang lain dah. Ntah apa kepuasan yang dia dapat pun tak fahamlah

    ReplyDelete
  12. Bahaya juga macam ni sis .. ingatkan di fb yang ada klon-klon gini

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sis sebab panjangkan postingan ini..saya harap kawan-kawan lain pun boleh panjangkan postingan ini agar kita tak terkena juga..

    ReplyDelete
  14. huhu ada juga.bahaya ni.. thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  15. eiii, cukup-cukuplah ig sy ja orang hacked. janganlah ada yang gatal hati nak buat akaun blog palsu guna gambar sy. grrr

    ReplyDelete
  16. aik?! blog palsu pun ada?
    aduhai diorang ni.
    pe la nak jadi.

    ReplyDelete
  17. Laa.. benda mcm nie pun bole jadi.. Nurul walaupun x lahr pandai berblog sgat tp nak curi identiti org apatah lgi pic org sgatlah x boleh d'maafkan.. mcmmana kita nak jejak blog org yg copycat nie ya?

    ReplyDelete
  18. pernah terjadi, tapi dia buat page fb. terkezut tengok, seb baik en suami sound dia tukar balik :)

    ReplyDelete