Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar Percintaanku - Part 5 - Dia Untukku



***************************
Hospital Kajang sentiasa di ingatan

Suatu hari rakan serumahku, Kak Wani memberitahu yang dia perlu pulang ke kampung esok selama seminggu. Ada hal keluarga katanya. Kak Wani pesan pada aku berkali-kali supaya aku segera ke klinik sebabnya dari kelmarin aku asyik pening kepala dan muntah. Aku hanya mengangguk tapi dalam hati sebenarnya malas nak menapak ke klinik. Lagipun aku memang macam ni kalau tersalah makan apa-apa. Nanti lepas telan panadol dan tidur sepuas-puasnya, okay lah ni.

Suka atau tidak aku terpaksa tinggal seorang diri kat rumah ni. Mujur juga aku dan Kak Wani tinggal di rumah flat (tingkat 2) jadi rasa takut tu takde la sangat. 

Besoknya Kak Wani pulang ke kampung seperti yang di rancangkan. Aku pula tak masuk kerja kerana demam. Hmm itulah orang nasihatkan suruh ke klinik awal-awal tak nak. Sekarang dah makin sakit siapa yang susah? Aku jugak...

"Kak Wani risaulah tengok Awa macam ni." Kak Wani pegang dahi aku, panas.
"Awa okay. Esok baiklah ni" balas aku.
"Akak call Qamar suruh datang sini ya?" Aku terus menggeleng. 
"Tak yah, dia tengah kerja tu. Awa ok, dont worry" Aku berikan senyuman yang selebar mungkin pada Kak Wani.

Akhirnya Kak Wani terpaksa juga ucapkan selamat tinggal dan dia sempat berpesan lagi supaya aku jaga diri baik-baik. Aku hanya mengangguk-angguk macam burung belatuk. 

Entah berapa lama aku tertidur, sedar-sedar je dah hampir petang. Aku cuba bangun tapi kepala makin kuat berdenyut. Bukan tu je, badan aku ni kejap-kejap rasa panas dan kejap-kejap rasa sejuk macam tengah berendam dalam air batu. Perut memang lapar tapi mulut aku sama sekali tak rasa berselera. Terdetik di hati, nak call Qamar ke tak ya? Akhirnya aku mengalah. Aku call Qamar untuk bawa aku ke klinik.

Sebaik saja call, tak lama lepas tu Qamar dah terpacul depan rumah. Muka dia memang serius habis. Aku buat dek je sebab memang dah tak larat sangat. Jangan kata nak berjalan, nak berdiri pun aku rasa dah tak mampu. Qamar datang bersama dengan salah seorang rakannya. Ye lah Qamar mana ada apa-apa kenderaan jadi masa kecemasan begini nak tak nak kena minta tolong orang lain.

Tiba di klinik doktor minta aku segera ke hospital. Saat ni aku mula cuak. Aku sangkakan demam biasa tapi rupa-rupanya demam denggi. Ya Allah takutnya. Patutlah sakit sangat. Suka atau tidak Qamar terus bawa aku ke Hospital Besar Kajang. Bila sampai bukan hanya aku saja tapi sudah ada ramai pesakit yang menunggu giliran dan kesemuanya di syaki menghidap denggi. Riuh!! Qamar menyuruh rakannya pulang dahulu dan akan hubungi rakannya semula nanti bila semua sudah selesai.

Qamar bantu aku daftar dan ketika menunggu giliran kami di sapa oleh dua orang gadis. Qamar terus tersenyum dan membalas teguran mereka dengan ramah. Bukan itu saja, Qamar siap bangun duduk dengan mereka dan membiarkan aku seorang diri. Masa ni aku rasa macam nak lari balik je tapi malangnya tubuh badan aku tak cukup kuat. 

Sedih betul hati aku! Airmata menitik tanpa sedar tapi mujur juga orang ingat airmata tu sebab aku sakit. Kalau tidak mana aku nak sorok muka. Saat tu api cemburu aku memang membuak sedasyat dasyatnya. Dari jauh aku asyik jelingggg je tapi apakan daya Qamar sama sekali tak pandang ke arah aku.

Apabila namaku di panggil Qamar bangun untuk bantu aku dapatkan rawatan tapi aku terus menepis tangannya. Apa yang dia nak buat, aku protes. Biar! Biar dia tahu yang aku sekarang tengah marah. Seperti yang di jangkakan aku terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari. Saat itu aku sama sekali tak bawa apa-apa keperluan jadi Qamar minta kunci rumah untuk balik ambil barang aku. Perasaan marah tadi terpaksa aku cantas kerana tidak ada pilihan. Seperkara lagi yang membuatkan aku semakin gelisah ialah... aku tengah datang period! Oh tuhan....

Walau segan aku ucap juga pada Qamar supaya tolong ambil 'baju kecikku' dari dalam laci almari bilik dan tolong belikan sekali tuala wanita untuk aku. Saat itu wajah Qamar memang berubah habis tapi akhirnya dia angguk juga. Arghhh... malunya aku. Malu!

***************************

Esoknya aku masih lagi di hospital. Aku sendiri tak perasan dah berapa banyak air telah di masukkan melalui urat kecik di tangan aku ni. Qamar pula akan datang menghantar makanan untuk aku walau makanan itu cukup susah untuk aku jamah.

Dia turut membawa bagpack untuk bawa pulang baju-baju kotor aku. Aku dah tegah berulang kali supaya biarkan saja baju kotor tu tapi dia tetap juga masukkan ke dalam bag sandangnya. Tak apalah, bawalah balik asalkan jangan sesekali di basuh. Biarkan saja nanti aku basuh sendiri, pesanku pada Qamar berulang-ulang kali. Apa taknya aku tengah datang haid kot. Banyak giler darah kotor tengah melekat kat pakaian aku tu. 

***************************
Keesokkannya pula emak dan ayahku tiba dari kampung. Terkejut beruk juga aku bila nampak wajah emak dan ayah sebabnya aku sendiri tak ada beritahu apa-apa pada mereka. Tak sangka Qamar sendiri yang telefon ibu aku untuk beritahu semua ni. Malah Qamar juga yang tolong layan emak ayah aku selama aku terkurung di dalam bangunan putih ini. Bila melihat wajah emak aku mula berasa tenang dan lega. 

Selepas hampir tiga hari berada di dalam hospital, akhirnya aku sihat seperti sediakala. Badan aku kembali cergas dan kuat malah terasa lebih segar dari sebelum ini. Best rupanya tambah air ni ya.. hehe.. Aku pulang ke rumah setelah di jemput oleh Qamar. Bila sampai aku lihat emak sudah pun selesai siapkan makanan tengahari. Ekspress betul mak aku ni. Bila di tanya macamana duduk kat sini? Emak kata semua ok sebab Qamar ada.

Aku pun terus melangkah ke balkoni belakang untuk hirup udara segar sikit. Tapi, sebaik saja sampai ke situ mata aku tertancap pada pakaian-pakaian 'mini' aku yang cantik bergayutan di penyangkut baju  kecil berbentuk bulat. Bersih sebersihnya seperti belum pernah di palit dengan mana-mana darah kotor sekalipun. Aku pasti ini mesti kerja emak.


Aku : Makkkk.....
Emak : Awat?
Aku : Pasai apa mak pi basuh baju kecik Awa tu? Ishh mak ni... (malu aku)

Sambil berkata mata aku terus menjeling ke arah pakaian dalamku yang sedang bergayutan di tiup angin. Semuanya sudah kering cuma tunggu untuk di angkat saja.

Mak: Eh dak aih. Mak tak basuh apa pun.
Aku : Mak jangan nak buat lawak.
Mak : Sungguh!! Bukan mak yang basuh. Masa mak sampai semua tu dah ada, mak ingat Awa sendiri yang basuh.

Aduh.. jawapan emak tu buatkan aku kembali rasa nak demam.

"Habis tu siapa yang basuh?" tanya aku pada emak. Kami sama-sama terdiam. Selepas beberapa saat aku terus menepuk dahi. Emak pula mula ketawa terbahak-bahak. Rasa nak nangis beb! Serius!

Malam itu aku sama sekali tak mampu nak pandang muka Qamar. Malu! Malu yang teramat sangat. Emak aku pulak boleh gelak senyum sorang-sorang. Ayah aku yang tidak tahu apa-apa hanya melihat keadaan kami dengan pandangan yang pelik. Qamar? Dia buat dek je macam tak ada apa-apa pun yang berlaku.

Esoknya emak dan ayah bersiap-siap untuk pulang semula ke utara. Sebelum balik, emak sempat berpesan supaya cepat-cepat call dia bila dah ada keputusan. Emak aku ni kan, macam tahu-tahu je apa aku nak buat. Itu lah dia kuasa seorang ibu :D

Selesai ucapkan selamat tinggal pada emak dan ayah di stesen bas (ayah aku tak larat nak drive sendiri jauh-jauh), aku dan Qamar mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di KLCC. Masa tu aku nervous giler. 

Dia : Awak.
Aku : Ya.

"Dah habis ke rasa cemburu tu?" soalan Qamar membuatkan aku mula berasa sakit hati. Berderau darah aku bila ingatkan balik dua orang perempuan di hospital tempohari.

Aku : Sapa diaorang tu?! (suara aku mula meninggi)
Dia : Oooo tau jealous ye? (Qamar terus sengih-sengih macam kerang busuk)
Aku : Jom balik !! 
Dia : Kejap lah. mereka berdua tu kawan sekelas saya masa kat Kelantan dulu lah. Mereka tu kembar. Kalau tak caya nanti saya bawa awak balik kampung, saya tunjuk rumah diaorang kat awak. Nak kenal dengan mak diaorang pun boleh.

Fuh... lega. Rasa melayang satu masalah. "Saya saja duduk dengan diaorang hari tu sebab nak tengok reaksi awak. Jealous juga rupanya ya?" tambah Qamar lagi.

Saat ni aku rasa macam nak ketuk je kepala dia dengan batang penyapu. Suka suka hati dia jer buat perangai untuk sakitkan hati aku. Dah lah aku tengah sakit masa tu. Kurang asam betul.

"Bulan puasa nanti saya bawa awak balik Kelantan. Lepas tu kita terus ke utara ya." cadang Qamar.Aku sengaja buat-buat tak dengar.

Dia : Tak nak ke? Tak nak takpe.
Aku : Bila masa saya cakap tak nak?
Dia : Tadi.
Aku : Ok fine! Saya mengaku saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin cepat-cepat dengan awak! Puashati?

Tiada apa yang dapat aku katakan lagi. Akhirnya tanggal 21-12-2001, aku dan Qamar selamat di satukan dalam sebuah majlis yang sederhana tapi meriah. Kami sama sekali tidak bertunang sebaliknya kami memilih untuk terus akad nikah. Ini semua atas kehendak aku dan Qamar sendiri. Benarlah kata ayah, dia sama sekali tidak letakkan nilai hantaran yang tinggi. 

Ketika majlis berlangsung masih ada lagi desas desus yang terus hinggap di telinga namun aku pekakkan saja. Ada yang berkata Qamar tak secocok dengan aku, ada yang berkata aku tak pandai pilih suami dan ada juga yang berkata tiba-tiba terus kahwin mesti ada apa-apa. Arghh lantaklah orang nak cakap apa pun. Yang penting aku yakin Qamar dapat jaga aku dengan baik. 

Pada hari bersejarah itu, Qamar hadir dalam penampilan yang berbeza. Rambutnya yang agak panjang telahpun di potong pendek. Walau kami berkahwin tanpa ada apa-apa harta namun kami bersyukur kerana dapat terus bersama sehingga kini. Susah senang telah kami rasakan bersama dan kini hidup bertambah ceria dengan kehadiran lima orang cahayamata. Cahayamata ke enam bakal lahir pada penghujung Disember 2017. Doakan Awa selamat ya :D

Aku dan Qamar tetap lagi macam dulu. Rambutnya sekarang sudah panjang semula dan di sebabkan aku tak punya anak perempuan maka rambut suamilah yang menjadi mangsa untuk aku berbuat itu ini. Kadang-kadang aku sikat, kadang-kadang aku ikat, kadang-kadang aku dendan. Anak sulung aku yang kini sudah berusia 14tahun hanya mampu menggeleng melihat telatah kami berdua.


Aku kasi tunjuk wajah Qamar je ye.. Maaf ya gambar kurang elok. Actually, gambar-gambar lama kami banyak yang dah rosak kerana terkena banjir. Nak buang cukup sayang jadi suami berusaha keringkan juga dan simpan dalam laci.



Sekarang Qamar sudah berusia 39tahun. Ini bermakna kami sudah kahwin selama hampir 16 tahun dan rambutnya juga sudah mula di tumbuhi uban (rambut aku belum ada uban lagi). Tiap minggu 2 hingga 3 kali aku akan mencabut uban putih dari atas kepalanya tu sebab dia dah tak sanggup nak tahan gatal dan setiap kali mencari uban pasti aku akan cium bahagian atas kepala suamiku itu beberapa kali. Kadang-kadang aku selamba cium dahinya juga. Anak-anak pun dah jadi terbiasa dengan perkara ni. Malah aku ikut suruh anak-anak cium dahi abah mereka selalu.

Masa mencabut uban adalah masa untuk kami berdua. Walau mata dia tertancap kat tv tapi dia tetap layan dan dengar apa saja yang aku bebelkan. Masa ni juga aku selalu tanya kat dia..

"Abah sayang mama tak?" Mama abah panggilan kami sekarang.
"Takkkkk...." jawab dia.
"Tak sayang sudah!" Pintasku.
"Mama yang datang cari abah dulu kan?"

Eeeee... geram!! Tak habis-habis itu juga yang di ungkitnya. Tension tension tension. Namun aku sangat-sangat bersyukur kerana tidak salah membuat pilihan dan sehingga ke hari ini dialah orangnya yang sentiasa membasuh pakaianku (termasuk baju-baju kecik aku tu) setiap masa. Wakaka..

____________________________________________________
ISTIMEWA UNTUK AWAK SEMUA

Nak tahu rambut si Qamar kesayangan aku ini dah panjang mana sekarang? Ni haa... gulp. Panjang ok! Walau ada yang kata "eh tak elok la rambut panjang macam perempuan." Hello... zaman Nabi Muhammad saw sendiri simpan rambut panjang sampai paras bahu tau jadi tak salah simpan panjang asalkan tahu jaga dengan kemas dan tidak bertujuan untuk menjadi seperti perempuan.

Dulu adalah mamat sorang ni feewit feewit arah aku dan suami dari belakang. Bila aku nak menoleh suami aku kata jangan. Mamat tu follow je. Sampai kat pintu masuk mall terus suami aku toleh dan tanya "nak apa?".  Terus mamat tu lari. Gila kau! Toleh-toleh je ada jambang ngan janggut.. hahaha.. Gelak besar aku hari tu. Lawak lawak. Itulah gatal sangat nak mengorat orang kan dah kena getah.


Dari segi soal penjagaan rambut semestinya dia lah yang juara. Dia dah tahu produk apa yang sesuai dengan diri dia dan dia cukup cerewet hal ini jika di bandingkan dengan aku. Bukan setakat shampoo je tapi siap dengan hair conditioner, vitamin dan cream rambut sekali. So, dari segi kesihatan kulit kepala dan rambut memang dia lah yang menang.

( produk yang di gunakan suami, dia tak kasi share tau! Ini hanya untuk dia seorang je )

Walau suami aku ni berambut panjang tapi semua anak-anak kami tidak di benarkan sama sekali untuk berambut panjang sejak dari mereka lahir sampai kini. Bukan nak halang cuma masa dan keadaan belum lagi sesuai. Nanti lepas belajar terpulang lah pada mereka sendiri nak style rambut yang macamana (jangan sampai letak colour sudah, kalau letak juga aku akan suruh suami cukur kepala mereka sampai botak. Haha)

Ini wajah lima orang anak kami semasa mereka kecil. Sekarang diaorang dah makin besar dan cukup liat bila nak ajak bergambar terutama yang sulung tu. Mereka berlimalah yang membuatkan aku dan suami semakin sayang antara satu sama lain. Walau banyak dugaan untuk besarkan lima anak di zaman serba 'mahal' dan 'mencabar' ini namun kami tetap nekad berusaha sedaya upaya untuk memikul tanggungjawab. 

Bagi yang masih was-was tentang lelaki simpan rambut panjang ni boleh klik SINI untuk bacaan lanjut.

- THE END -

Macamana kawan-kawan? Suka tak dengan perjalanan cinta yang telah Allah SWT aturkan untuk kami? Itu lah yang di katakan apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah cukup pandai mengatur cuma kita je selalu tak boleh nak sabar dan suka buat keputusan terburu-buru.

Memang dalam hidup ada banyak dugaan, begitu juga dengan hidup kami berdua. Dugaan ketika mahu mencari jodoh lain dan dugaan setelah berkahwin pula lain. Itu belum lagi di ambil kira dengan dugaan hidup bersama masyarakat sekeliling. Macam-macam aku dan Qamar terpaksa lalui untuk sampai ke tahap ni.

Rasa-rasanya kalian berminat tak untuk tahu kisah kami selepas kahwin sampai sekarang?
Jika ya boleh tinggalkan komen di bawah untuk kasi semangat untuk aku terus menulis kisah benar tentang hidup kami berdua.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca dari awal sampai akhir...
luv u guys, assalamualaikum..


35 comments for "Kisah Benar Percintaanku - Part 5 - Dia Untukku"

  1. Alhamdulillah..seronok baca kisah Awa dan Qamar ni..bila sebut Qamar teringat nama Tamar Jalis...semoga Awa dan suami kekal hingga ke Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang sulung awa cukup minat tamar jalis. awa tak berani serammm... tpi yg dlm tv tuu awa tgok juga sekali sekala

      Delete
  2. Saya baca sampai habis sis... hihi... Handsome juga abang Qamar ni... biarlah orang kata apa asalkan baik budi pekerti sis... semoga sis sentiasa bahagia... memang jenis bertanggungjawab abang Qamar ni... Alhamdulillah...suka baca cerita ni sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. bermula dari peristiwa sedih rupanya bertukar jadi gembira. kalau x kerana kena 'ubat' tu mmg sis tak kan dengan dia agaknya :D

      Delete
  3. Alhamdulillah...

    Semoga kasih kalian hingga ke Jannah...

    Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak cik.. itulah juga doa kami. moga kami berdua akan terus Allah satukan sampai ke jannah dan terus jadi pasangan buat selamanya

      Delete
  4. hebatt., tular btolkann wak dh ckp semalam mcm "perigi mencari timba" x salah kann., hahar2 tahniahnyer., mugo terus berkekalan., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala wak.. jangan la cakap macam tu.. tetap saya tak kan mengaku wak oi walau dah nampak terang. Hahaha :D

      Delete
  5. Done follow dari episod 1- episod 5 ... macam2 perasaan ada bila baca perjalanan hidup sis hawa ..semoga sis sentiasa bahagia dengan suami tercinta dan cahaya mata sis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih CCL..Harap2 ada pengajaran dalam kisah hidup sis ni utk org lain

      Delete
  6. semoga perkahwinan puan n suami makin bahagia n kekal ke syurga. Aamiin.
    Jika nak buat GA bln April ni PM saya ok? sy sudi menjadi penaja. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abam kie.

      Boleh abam kie, nnti saya pm.. sekali abam kie sudi, sejuta kali saya ready :D

      Delete
  7. I wanna cryyyyy, so sweet perjalanan yang turun naik, kemudian dah ada happy family.
    Semoga sis Awa selalu bahagia disamping keluarga...

    Mulut orang memang tak boleh tutup,lantakkan ajeeelah, yang penting Allah redha kan.
    Alaa nak tengok sis awaa.kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru settle fasa pertama. Fasa ke dua lepas kahwin lain pulak Mai oi. Nanti sis citer kisah lepas kahwin pulak macamana. Lagi thrill. Macam citer hindustan pun ada main kejar-kejar.. wakaka.. :D

      Mulut orang sis malas nak amik kisah dh. janji daku bahagia... wajah sis takyah la tahu lagi. Tunggu lama sikit baru best :D (I tak comey mcm Mai)

      Delete
  8. nasib baik sis nak juga pegi klinik kan. pandai juga bro Qamar buat sis jealous 😉 lucu baca bab yang lelaki feewit2 tu 😂. dah dapat bayangkan camna dia terkejut lepas tngk yg dia ngorat tu ada jambang & janggut

    ReplyDelete
  9. Yeah..suspen dah hilang..
    Thrill rasanya baca cerita awa..
    Best! Semoga ke jannah..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Sampai juga episod last cerita ni, happy ending! #tilljannah sis hawa! 😘💕

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. happy ending.. sweet jer cara Qamar tu take care sis ye.. semoga perkahwinan sis dan Qamar kekal bahagia hingga ke jannah... aamiin..

    ReplyDelete
  12. Serius saya baca dari episod pertama sampai habis tau..perjalanan yang berliku tetapi dipermudahkan olehNya..alhamdulillah..ikatan yang bahagia
    JanjiKita

    ReplyDelete
  13. indah.... dicoretkan guna words yg sungguh indah, awa.
    alhamdulillah. dgn 5 cahayamata, aida doakan agar crita cinta awa & qamar sentiasa bahagia hingga ke jannah.
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  14. kak awa... unni rasa nak nagis la .. Allahmdulilah da di anugerahkan cahaya mata.. di sebalik kisah kak awa ni ada sdikit sbnyak myentuh hati unni, trasa sedih bila nk di samakan dgn cerita Unni.

    ReplyDelete
  15. Liez baru dapat baca kisah awa... memang Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk umatNYA. Semoga Awa dan Qamar dipanjangkan joodh hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  16. Wah. Menarik ceritanya. Terima kasih sebab sudi share. Klau tak keberatan Awa datanglah blog Ambo, baca novel Ambo pule, tak sebest Awa lah tpi sdg mencuba, http://ambojah.blogspot.com/2017/06/novel-begini-akhirnya-1.html

    ReplyDelete
  17. Alhamdulilllah , Allah pelihara hubungan kak awa dengan suami . Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah . Comel je kisah cinta kak awa nie , hehe .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca. Alhamdulillah. Ternyata Allah itu sebaik-baik perancang utk tiap hambaNya. :D

      Delete
  18. Awa buat novel please!!

    semoga perkahwinan awa & qamar kekal ke jannah bersama anak-anak yang soleh & in syaa Allah ada rezeki dapat anak yang solehah..amin..

    ReplyDelete
  19. bestnye baca kisah cinta awa...macam baca novel awa....semoga kalian berdua kekal hingga ke jannah ye...dan semoga awa selamat melahirkan baby yg ke 6

    ReplyDelete
  20. Abang sulung n no 2 ekin simpqn rambut panjang.. Siap tertukar duk ingat anak dara.. Hihihihi.. Loni bila dah kahwbin n berkeluarga tak de dah rambut panjang..

    Wahhh terbaikk alat penjagaan rambut suami kak awa.. Kalas perempuan tu..

    Alhamdulilah indahnya baca kisah rumah tangga akak.. 16 tahun lama dah tu.. Ekin baru 3 tahun dah x tahan rasa bila di uji belum di kurniakan rezeki anak dgn mulut2 org sekeliling ni.. Harap ekin kuat menempuh ujian ni..

    ReplyDelete
  21. Feeling baca novel.. dah khatam 5 part... Memang ayat tu memang feeling baca novel

    ReplyDelete
  22. Moga berkekalan hingga ke syurga.. perjalanan kisah cinta yang unik.. kami pun kahwin terus tanpa tunang... Memang terima gak kata2 org... Tapi lama2 senyap lah kan..

    ReplyDelete
  23. Dah habis baca semua kisah sis Awa. Alhamdulillah semoga rumahtangga sis Awa dan suami berkekalan. Bestnya semua hero

    ReplyDelete
  24. sis baca dari mula smpai, habis.. semoga terus bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah habis baca kisah cinta kak awa...syioknyeee..hihi macam cerita novel...tang rambut abg qamar tu kelakar lak..siap ade set jagaan rambut tu..hihi..all da best kak..kisah dah lama akk tulis..kita bru baca..hihi

    ReplyDelete