Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar Percintaanku Part 2 : Cari Tempat Luah Perasaan

sambungan dari.....
Kisah Benar Hidupku Part 1 : Aku Pernah Lupa Mak Ayah

Alhamdulillah aku dapat melupakan 'insan' yang pernah hadir dalam hidup aku itu dengan mudah. Mungkin kerana dia memang tidak ada apa-apa makna yang besar bagi aku. Jadi aku anggap ia hanyalah sebuah kejadian yang perlu aku buang serta merta dari kamus hidup. Untuk apa aku ingat perkara yang tidak patut aku ingat, itulah pendapatku ketika itu.

Namun, siapa sangka kehadirannya yang hanya untuk beberapa bulan itu telah memberi impak yang cukup besar pada seluruh ahli keluarga kami. Aku sendiri semakin hari semakin tertekan dan jika aku tidak ada landasan agama agaknya aku sudah terjun ke dalam laut untuk terus lenyap dari muka bumi Allah yang indah ni.

Terasa betapa kejamnya mulut-mulut manusia yang hidup di sekeliling kami. Apabila aku di jemput pulang satu demi satu cerita telah di jaja ke sana sini oleh penduduk kampung. Aku sangkakan aku dapat mengembalikan kekuatan diri namun ternyata sebaliknya yang telah berlaku. Walau ada jiran terdekat yang cuba membela nasib ku (kerana mereka tahu cerita sebenar) namun mana mungkin mereka mampu untuk menutup mulut manusia lain yang tidak tahu menggunakan lidah dengan baik. Saat itu maruah aku dan keluarga mula tercemar walau hakikatnya kami sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap mereka.

Airmata menjadi peneman setia. Makan minum tidak aku hirau. Sahabat handai sengaja aku jauhkan. Aku benar-benar tidak mahu di ganggu. Aku mula jatuh kasihan pada ibu dan ayah tetapi mereka tetap tersenyum manis dan berhadapan dengan masyarakat dengan hati yang cekal demi anak mereka. Bagi mereka apa yang penting, mereka akan tetap berada di hadapanku dan mereka akan tetap akan terus cuba melindungiku. Ya Allah, terima kasih kerana memberikan ibu dan ayah yang cukup baik untuk ku.

Semakin hari aku semakin tertekan, sebagai perempuan aku perlukan seseorang sebagai tempat mengadu tetapi siapa? Untuk mengadu pada ibu dan ayah aku berasa tidak sanggup. Untuk mengadu pada rakan-rakan aku berasa tidak yakin dan untuk mengadu pada adik beradik aku berasa tidak sampai hati. Fikir punya fikir akhirnya aku teringat akan seseorang. Beliau merupakan sahabat penaku yang aku kenali sejak bertahun-tahun yang lalu.

Nama sahabat penaku ini ialah Qamar. Qamar berasal dari Pantai Timur dan sedang berkerja di Selangor. Aku kenal dengan Qamar hanyalah secara kebetulan semasa dia datang melanjutkan pelajaran di negeri kelahiranku ini satu ketika dulu. Aku memilih untuk menceritakan semuanya pada Qamar kerana aku sama sekali tidak pernah kenal siapa dia. Ya, benar! Aku memang tidak kenal siapa dia, aku juga sama sekali tidak tahu bagaimana rupanya. Hanya Qamar saja yang tahu siapa aku. Hanya Qamar saja yang tahu bagaimana rupa aku dan Qamar juga telah pernah melihat rupa ibu dan ayahku kerana dialah yang beria-ia ingin bersahabat dengan aku dulu. Bukan Qamar tidak pernah ajak aku bertemu tapi aku sendiri yang sengaja tidak mahu menemuinya. Dek kerana Qamar jauh di sana dan aku juga sama sekali tidak tahu siapa dia maka aku rasakan dialah orang yang paling tepat untuk aku curahkan segalanya ini. Setidak-tidaknya aku ada tempat untuk berkongsi cerita dan meminta pendapat.

Nak tahu bagaimana aku dapat kenal dengan si Qamar ni? Okay meh sini aku ceritakan..

Pada tahun 1996 (masa itu aku berusia 15 tahun), Ibu dan ayahku mengikuti satu event di salah sebuah masjid di bandar kelahiran aku. Event tersebut adalah Forum Perdana yang sering di tayangkan secara langsung di kaca tv tanahair. Saat itu ayahku membuka booth di sana (ayah aku berniaga) dan malam itu aku turut ikut ibu dan ayah untuk membantu mereka. Rakan baikku Ina turut ada bersama. Semasa berada di sana aku dan Ina sempat berjalan-jalan melihat booth-booth lain yang ada dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menelefon seorang lagi rakan baik kami dengan menggunakan salah sebuah pondok telefon yang ada di situ (zaman itu handphone mahal ok, sim card saja berharga RM200). Ketika aku dan Ina sedang menggunakan telefon ada sekumpulan remaja lelaki datang. Mereka menunggu di belakang kami untuk menggunakan telefon yang sama.

Ketika menunggu giliran mereka sempat menyapaku dari belakang, "cik adik nak nombor telefon boleh?" Entah mengapa mulut aku terus berkata.. "Cari sendiri!" Kemudian aku terus letak gagang dan berjalan semula ke arah booth ayahku. Aku dan Ina berjalan tanpa berpaling ke belakang lagi.

Keesokannya.... aku telah mendapat satu panggilan telefon. Dan si pemanggil memberitahu namanya ialah Qamar. Bila aku tanya dia nak cakap dengan siapa? Katanya dia hendak bercakap dengan orang yang sedang bercakap. Pelik. Memang pelik. Bila aku tanya adakah dia kenal siapa aku? Dia terus berkata yang dia tahu dan sudahpun kenal siapa aku. Pada mulanya aku malas nak melayan tapi aku semakin curiga untuk tahu siapakah dia yang sebenarnya dan dari mana dia dapat nombor telefon rumah aku ni.

Tanya punya tanya... akhirnya dia mengaku yang dia adalah salah seorang dari remaja lelaki yang bertembung secara tidak sengaja dengan aku semalam. Bila aku tanya adakah dia yang bersuara minta nombor telefon aku semalam? Katanya bukan. Tapi dia mengaku yang dia telah ikut dan perhatikan aku sepanjang malam dan nombor telefon rumah aku ini dia dapatkan dari booth ayahku. Hmmm memang betul lah. Nombor telefon rumahku memang ada tertera di banner booth ayah. Almaklumlah zaman itu penggunaan telefon bimbit belum meluas lagi.


di masjid inilah aku dan Q bertembung
                                           

Dia berulang kali cakap mahu bersahabat dan akhirnya aku bersetuju untuk terima tapi dengan syarat aku hanya sudi untuk menjadi sahabat penanya sahaja. Berkali-kali dia ajak aku bertemu muka tapi aku tak penuhi langsung permintaannya tu. Pernah sekali aku beria-ia mengatakan ya tapi sampai ke sudah aku sama sekali tak pergi ke tempat yang di janjikan. Hehe...

Sejak itu aku seolah-olah punya seorang pengawal peribadi. Qamar selalu call aku setiap kali dia nampak kelibat aku di bandar. Dengan mudah dia dapat gambarkan pakaian aku pada hari itu sedangkan aku ni sama sekali tak kenal siapa dia. Pernah juga Qamar beritahu yang dia ada berdiri betul-betul di hadapanku tapi aku sama sekali tidak membalas pandangannya. Malah Qamar juga ada beritahu yang dia pernah lemparkan senyumannya pada aku tapi aku hanya membalasnya dengan jelingan yang cukup tajam. Masa dia beritahu semua itu aku rasa cukup lucu. Persahabatan kami ternyata amat unik dan mengembirakan. Qamar juga pernah poskan gambarnya pada aku tapi sayangnya dia post gambar beramai-ramai. Aku tak pernah kenal boleh pula di suruhnya aku meneka siapakah dia antara semua orang di dalam gambar tersebut. Adoi geram betoi!! Tiap kali aku minta gambar dia seorang dia mesti akan mengelak. Katanya dia takut aku tak nak untuk bersahabat dengan dia lagi.

Sejak itu persahabatan kami terus terjalin. Walau Qamar telah pulang ke Selangor pada tahun 1998, namun dia tidak pernah lupa untuk contact aku selalu. Dia juga tidak pernah lupa untuk hantarkan hadiah dan kad apabila hari lahirku tiba. Itu belum di kira kad hari raya. Memang seronok betul bersahabat dengan Qamar. Kami juga sering berutus surat seperti sahabat pena yang lain. Seluruh ahli keluargaku tahu akan kewujudan si Qamar ni dalam hidup aku. Malah mereka tak kisah pun sebabnya Qamar nun jauh di sana dan kami hanya berhubung melalui panggilan telefon dan surat saja semata-mata.

Kerana itu aku mengambil keputusan untuk mengadu segala masalah yang sedang aku hadapi ketika itu kepada Qamar. Nak tahu apa reaksi Qamar apabila aku ceritakan semua masalahku ini padanya?

Baca smbungannya DI SINI

33 comments for "Kisah Benar Percintaanku Part 2 : Cari Tempat Luah Perasaan"

  1. Cuba buat panjang sikit, tak puas baca... hahahaha.... terbaik sis... saya tunggu episod seterusnya... pengalaman hidup yang mengajar segala-galanya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca. Tunggu sambungan part 3 besok pagi. :D

      PENGALAMAN HIDUP YANG X DAPAT DI BELI DGN WANG RINGGIT

      Delete
    2. Saya ada buat pencalonan nama Sis Hawa dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

      http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

      Delete
  2. Wah...siapakah sebenarnya Qamar ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng jeng :D Tunggu.... nnti identiti Qamar akan muncul juga

      Delete
  3. wahhh.. betul2 mcm dlm novel la citer ni.. sy pun penah mengalami citer yg lebih kurang sama.. cumanya budak tu sekelas dgn sy masa matrik.. tp sy x pernah bertegur sapa dan cam dia.. bila masuk u baru dia contact, boleh kata tiap2 minggu contact sy.. dan jadi best friend sy dan tempat meluahkan masalah sy.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa kata tak leh ada bestfriend lelaki kan? boleh je janji kita pandai jaga diri

      Delete
  4. Wah, berdebar tunggu entry seterusnya... boleh buat novel ni dear...

    ReplyDelete
  5. Semakin menarik! Nak sambung baca lagi. Curious pulak siapalah si qamar ni. 😅

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. alaaa, salah teka 😂 sodihhh. sis terjumpa dgn geng bro Qamar time bulan terang? 😏

      Delete
    2. Qamar tu maksudnya bulan kan? Malam tu, hmmm rasanya ya bulan terang. Sebabnya walau kat pondok phone tu gelap (tepi pagar dekat pintu masuk masjid) tapi sis masih boleh perasan keadaan sekeliling masa tu. Napa nour?

      Delete
    3. ohhh, time bulan terang. sebab Qamar tu bermaksud bulan terang, tu yg sy agak2 sis bertembung time bulan terang

      Delete
    4. hmmm... nama dia maksud bulan, bertembung time bulan terang pastu lokasinya pula di masjid. Ya Allah... besar betul kuasa Dia

      Delete
  7. Replies
    1. Walau nampak kasar tapi dalam hati ada taman..kiki

      Delete
  8. Wahh dah lama zaman sahabat pena ini berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lama... dah belasan tahun pun.. rindu betul kenangan masa tu.. zaman handphone mula2 nak jadi trend

      Delete
  9. done here.
    aida proceed to part 3 :)

    ReplyDelete
  10. wahh 1996 akak umur 15 tahun rasanya unni baru 6 tahun.. wahhh zaman nostagia..sabahat pena... ok nk smbung baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh beza umur kita.. tiba tiba rasa tua plak kiki

      Delete
  11. done part 2!best novel ni!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan novel la... ni kisah benarku... hahaha

      Delete
  12. 1996 ekin darjah 5 la..lama tu kanak2 riang ria masa tu hahahahaha... Tak sabar nak baca sambungan dia ni last pergi baca part 3 pulak

    ReplyDelete