13 Mar 2017

Lelaki Atau Perempuan Yang Suka Anak Ramai?

Image result for anak ramaiSebelum kahwin orang akan tanya, "Bila nak kahwin? Sampai bila nak hidup sorang?"
Bila dah kahwin orang akan tanya, "Bila nak ada anak ni?"
Bila dah dapat anak sorang orang akan tanya, "Bila nak tambah sorang lagi?"
Bila anak dah berderet, orang akan kata, "Amboi sakan!"

Aku dan suami tak sempat nak honeymoon lama-lama sebabnya kahwin je aku terus mengandung. Orang tua kata bunting pelamin. Kami nikah hujung bulan 12 tahun 2001, so mudah cakap hidup bersama sejak 2002 lah dan pada bulan Mei 2003, kami telah selamat menerima seorang cahayamata. Jadi boleh di katakan kami sempat honeymoon selama beberapa bulan saja. Ketika tu usia aku 22 dan usia suami 25.

Pada tahun 2006 kami menerima cahayamata ke dua, tahun 2009 terima cahayamata ke tiga, tahun 2011 terima cahayamata ke empat dan akhir sekali pada tahun 2015 kami terima cahayamata ke lima. Semua hero. Kalau jumpa sesiapa yang kami kenali, mereka akan cakap.. "tak apa muda lagi. Boleh beranak sorang lagi, kali ni mesti pompuan"

Kalau dulu orang cakap macam tu mungkin aku percaya tapi sekarang tak lagi. Biarlah takde anak perempuan pun, aku okay je. At least aku satu-satunya perempuan dalam family dan semua perhatian akan secara automatik tercurah pada aku. Bila jalan dengan suami dan anak-anak macam kena keliling dengan bodyguard gitu.

Aku dah berkali-kali suarakan kat husband yang aku dah puashati dengan anak seramai ni tapi jawapan suami aku lain. Dia kalau boleh nak satu dozen macam team bola sepak tu. Macam-macam juga lah alasan aku kasi tapi suami cakap, rezeki Allah tak baik untuk di tolak dan kalau rasa tak cukup makan pun jangan sampai tak terima anak sebab semua anak yang lahir ada rezeki masing-masing. Acaner tu? Aku dari dulu sampai sekarang tak ambil apa-apa pil perancang sebab aku sendiri tak suka telan ubat sebegitu. Mula-mula dulu doktor ada juga sarankan tapi bila dia lihat faktor jarak usia antara semua anak kami okay (rancang sendiri tanpa ubat) dan di tambah pula dengan jawapan suami yang cakap pandai, maka doktor pun naik surrender. Kata doktor janji anak tak terabai dan aku pandai jaga kesihatan diri sudah. Cuma doktor sentiasa nasihatkan supaya aku sentiasa buat medical checkup macam pap smear semua tu. (sebut pap smear terus rasa seram sejuk.. haha.. penakut!)

Aku ni? Bukan tak suka baby. Aku suka. Tengok wajah comel diaorg syokkk sangat. Itu belum cium peluk dakap lagi. Walau bau masyam tapi best! Wah rindunya aku pada bau baby baru lahir. Wangi! Ada juga yang kata bau baby baru lahir adalah bau syurga.

Setiap kali nak melahirkan suami aku hanya tunggu di luar je. Dia memang sama sekali tak akan masuk ke labour room untuk teman aku walau di paksa oleh doktor sekalipun sebabnya suami aku ni mabuk darah. Kang tak pasal-pasal dia yang pengsan dalam labour room tu.

Setiap anak mempunyai kisahnya yang tersendiri ketika di lahirkan. Anak sulung aku lahir dalam keadaan suami tiada di sisi (lahir awal), anak ke dua secara pembedahan (songsang), anak ke tiga lahir dengan masalah kesihatan (sekarang dah sihat sepenuhnya), anak ke empat lahir dengan rasa sakit yang teramat sangat (kena jahit banyak) dan anak ke lima lahir dengan masalah prolong jaundice. Semua ni aku dan suami hadapi dengan penuh tabah. Anak pertama dan ke dua keluarga jagakan aku semasa berpantang dan anak ke tiga, empat dan lima suami yang handle semua perkara dan jaga aku selama aku berpantang. Itu yang buat aku susah nak menang kalau suami cakap dia nak baby lagi.

" dah lima orang ni bang.. tak cukup cukup lagi ke? hehe.. "

Lelaki Atau Perempuan Yang Suka Anak Ramai? Bagi aku jawapannya ialah LELAKI!

Apa pendapat korang? Setuju dengan pendapat aku kat atas tu atau tidak? Cer komen kat bawah tu, nak tau juga pendapat dan kisah kalian tentang isu ni.


Nak tahu kisah percintaan aku dan suami? klik SINI

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Lelaki Atau Perempuan Yang Suka Anak Ramai?
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

21 comments

Tulis comments
avatar
13 March 2017 at 11:08

Ya Allah, walaupun apa masalah sis ketika melahirkan bby... Murah rezeki banyak dosa sis diampuni... Klu bg akak, akak yg suka anak ramai... Akak baru nak ada 3 anak.... semoga sis n fmly diberkati dan dimurahkan rezeki berpanjangan

Reply
avatar
13 March 2017 at 11:15

bukan apa kak.. memikirkan sakit masa jahit luka bersalin tu, berderau darah nih! Hahaha

Reply
avatar
13 March 2017 at 11:20

anak tu kan rezeki...sedikit atau byk bukan nilai...yg penting mereka kelak menjadi insan berkualiti...

pd sy laa... rs nyer lelaki kot suka anak ramai hehehe

Reply
avatar
13 March 2017 at 11:56

Anak anugerah Allah .. lelaki atau perempuan tak kisah ..janji lahir-lahir tue anak tue sihat secukupnya .

Reply
avatar
13 March 2017 at 12:09

Perempuan kot sebab dia yang mengandung dan bersalin.
Kalau lelaki, nanti dia mintak tambah cawangan pulak.

Reply
avatar
13 March 2017 at 20:33

Aada anak banyak bagus, ada sikit anak bagus.
Ramai anak lelaki bagus, ramai anak pompuan pun bagus.
Yg tak bagus bila kaween tak ada anak.

Reply
avatar
13 March 2017 at 21:31

Mungkin juga lelaki sebab lelaki tak rasa sangat dengan kesakitan tu. Tapi ini semua subjektif la kan, ada lelaki yang suka anak ramai, ada juga perempuan yang suka bergantung dengan persekitaran masa kecil.

Kalau seorang tu ada pengalaman pahit mempunyai adik beradik ramai, mungkin dia tak nak anak banyak. Kalau masa kecik adik beradik dia sikit dan dia rasa sunyi, mungkin dia nak anak dia ramai dan meriah.

Banyak juga faktor lain kena ambik kira. Apa-apa pun anak tu rezeki. Kena bersyukur selalu.

Maaf kalau komen ni agak serius. haha. saja

Reply
avatar
13 March 2017 at 23:23

Suami saya pon sama mcm puan..sy baru anak satu..katanya tggu anak kami da bole berjalan dan berlari dlu then nk usaha untuk lagi satu..hihi..

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:32

betul! sis ok je wlau semua lelaki. Apa Allah bagi sis terima, jnji sihat dan comel

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:33

inshaallah harap2 mcm tu la ameen :D

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:34

perempuan mngandung dan brsalin kerana siapa? hehe... kalau suami sis minta tambah cawangan memang saja cari nahas la tu :D

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:35

komen ni sis suka.. yang penting ada kan? janji jangan buang merata

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:37

ala jangan la panggil puan, kekok rasanya. Panggil je sis. Usaha jangan tak usaha muda lagi tu :D

Reply
avatar
14 March 2017 at 06:59

Betul juga. suami sis dia adik beradik ramai ( 9 orang) dan dia anak ke 6. Sis adik beradik tak ramai anak paling bongsu pulak tu. mungkin sebab tu suami nak anak yang ramai juga kot

Reply
avatar
14 March 2017 at 10:25

salah komen plak kat entry sebelah. sama macam pakcik sy, semua anak dia lelaki. semoga anak2 sis menjadi anak yg soleh, ameeen

Reply
avatar
14 March 2017 at 13:46

Hi sis, saya anak dua, n both boys..nak la juga girl kan...tapi blum ada rezeki..
Berbalik pada soalan tu, sukar nak cakap lelaki nak anak ramai, or wanita nak anak ramai, haha..subjektif la sis...
Apapun, semoga anak2 sis awa semuanya jadi anak yg soleh...amin.

Reply
avatar
14 March 2017 at 14:35

Bestnya akak dikelilingi hero. heheheh ira doakan semoga membesar menjadi anak yang soleh semuanya ya :)

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.