Mesej Usop Mentor Untuk Blogger Sis Hawa

06:34

Assalamualaikum.... pagi ni aku nak cerita sikit kejadian yang telah berlaku semalam. Lepas aku balik dari upacara pengebumian datuk suami, aku terus out (tidur) sebab letih sangat-sangat. Sedar je dah masuk waktu Asar.


Aku terus ke dapur siapkan dinner ringkas untuk anak-anak yang akan ke masjid sekejap lagi. Anak-anak aku memang hampir saban hari (kecuali hujung minggu) akan berada di masjid dari masuknya waktu maghrib sampai pukul 9pm untuk kelas agama bersama ustaz dan ustazah mereka jadi walau badan penat terpaksa di gagahkan juga. Namun syukur alhamdulillah waktu nak start berperang di dapur tu anak sulung aku datang dan terus tawarkan diri untuk masak dinner buat dia dan adik-adiknya. Fuh lega habis. Rasa bersyukur yang teramat sangat dengan keperihatinan dia terhadap mamanya ni. (Jangan ingat anak lelaki tak boleh di harap untuk masuk dapur tau.)

Aku pun terus capai tuala dan bersihkan diri sebabnya lepas je hantar anak-anak aku ke masjid aku dan suami akan ke rumah ibu mertuaku semula. Selesai semua urusan di rumah ibu mertua dan jemput anak-anak dari masjid, aku tiba di rumah dalam lingkungan 9.15pm. Masa ni aku berbelah bagi samada nak online ataupun tidak. Dalam dok memikir-mikir tu aku teringat semula tentang artikel berkaitan Abang Ben yang sempat aku publish pagi tadi. Jadi aku pun capai laptop untuk check samada ada komen yang perlu di publishkan atau tidak. 

Syukur alhamdulillah ada komen yang di tinggalkan untuk blog aku ni. Rasa penat terasa hilang sedikit apabila melihat dan membaca komen-komen dari rakan blogger ku yang amat sporting ni. Terima kasih kawan-kawan :D

Dari blog aku singgah sebentar di facebook. Mesej aku pandang sekali lalu je sebab mata dah semakin berat untuk di buka. Sepatutnya aku kena tunaikan satu permintaan yang di buat oleh blogger Elsa tapi di sebabkan badan dah penat sangat aku terpaksa abaikan sekejap permintaan dari Elsa tu. Lagipun aku tak boleh buat kerja kalau tak fokus. Mujur juga awal-awal Elsa dah beri izin untuk aku ambil masa seberapa banyak yang aku mahu sebabnya Elsa memang dah tahu keadaan aku sekarang. (terima kasih banyak ya Elsa)

Sedang aku melihat inbox facebook  ku secara sepintas lalu, mata aku tertancap pada satu mesej ni. Lor mesej dari Ucop Mentor rupanya. Aku pun terus tekan inbox. Rupa-rupanya Ucop nak ucapkan terima kasih atas artikel yang aku tulis untuk dirinya tempohari. Bagi yang belum baca artikel tu, boleh klik SINI.


Sempat juga lah aku berbual sekejap dengan Ucop melalui messanger.


Kalau nak di ikutkan macam-macam aku nak interview si Ucop ni tapi aku juga kena paham akan situasi Ucop sekarang. Sebagai seorang supporter semestinya aku kena ambil peduli jadual Ucop yang semestinya cukup ketat dan padat.

Sebelum tamatkan perbualan Ucop sempat berjanji untuk hubungi aku semula sekiranya ada apa-apa cerita terbaru tentang dirinya di Mentor yang perlu aku tahu. Inshaa Allah sekiranya aku dapat apa-apa kisah tentang Ucop (yang dikongsikan oleh Ucop sendiri), aku akan kongsikan di dada blog ini untuk pengetahuan semua terutama buat supporter-supporter Ucop yang lain di luar sana.


 Apapun sama-sama kita doakan semoga Ucop di berikan kesihatan yang baik oleh Allah swt supaya dia dapat buat persembahan yang baik hujung minggu ini.

Segala keputusan ada di tangan Allah swt dan tugas kita adalah untuk lakukan yang sehabis baik

You Might Also Like

13 comments

  1. Terbaik sis, tak lama lagi jadi artis tu..

    ReplyDelete
  2. Perghhhh, seronoknyaaaa usop ada pm. Heheheh. Saya pun minat usoppp

    ReplyDelete
  3. Tengok seklai jer mentor tapi ingat lagi yang ucop ni p sesi ujibakat,,, hii..wahhh mestilah terharu bila bloogerr up pasal dia kan... apapun buat yang terbaikkk

    ReplyDelete
  4. Hehe sama sama kak takpe kita okay je boleh tunggu 😘

    Wah untungnya ucop chat akak hukhuk macam dah kenal lama je akak dengan dia kan hehe

    ReplyDelete
  5. wah ood luck usop..bbetul2 humble orgnya....tak sangka kan dia menghargai apa yg blogger tulis

    ReplyDelete
  6. minggu lepas x tertngk plak mentor. awai tido. nasib baik ada ulangan jumaat ni

    ReplyDelete
  7. bestnya usop reply hehehe lawak la dia tu

    ReplyDelete
  8. waaa terbaik la sis hawa... support sesama mita mmg boleh menaikkan semangat seseorang... Liez tak tgk sgt mentor since weekend parent dekat rumah so duk sembang lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tengok tak apa tapi make sure undi untuk usop secara online ya hahaha

      Delete
  9. wah! usop reply msj akak.. mesti die dah bace entry akak pasal die tu kan..

    ReplyDelete
  10. mula2 fae tertanya siapakah blogger sis hawa ne.. laa baru sedar empunya blog yang fae tengah taip komen sekarang ne adalah sis hawa sendiri heheheh otak penat tu pasal lagging sikit eheh

    ReplyDelete
  11. ada jugak tgok haritu usop ni. orang kt not bad la. ada aura sndr kan.2

    ReplyDelete
  12. hehe. usop mmg lawak. tngok dia ujibakat time dgn black n akim tu.. suka busyra tngok dia..

    ReplyDelete