17 Mar 2017

Dua Blog Jalan Seiring

Mula-mula dulu ingatkan nak buat satu blog je tapi kerana tak nak nampak terlalu serabut so aku decide untuk buat dua blog. Blog pertama http://sishawa.blogspot.my/ lebih pada kisah personal, giveaway dan isu semasa manakala blog ke dua khas untuk cantikkan blog.


Blog ke dua aku fokuskan pada bidang design dan edit blog semata-mata. Selain bersedia menerima tempahan dengan harga yang agak murah di pasaran (sekitar RM15 - RM25 jer), aku juga ada berikan tutorial percuma setakat mana yang aku tahu. At least awak semua pun dapatlah tahu sikit-sikit ilmu edit blog ni kan? Terus terang aku ni takde la pandai sangat, sikit-sikit tu boleh lah, Inshaa Allah...

Design untuk blog ke dua tampak lebih ceria dengan pemandangan di dalam taman bunga supaya tampak lebih santai, fresh dan cantik. Rasanya tema ni sesuai dengan topik blog itu sendiri.

Bagi yang berhajat untuk belajar dan ikuti langkah cantikkan blog, boleh follow blog ke dua sis tu.. Ni pun sis baru je masukkan tutorial baru bagaimana untuk letakkan button follow di sidebar. Bagi yang nak tahu bagaimana nak letak button follow me macam ni, boleh lah singgah di blog ke dua sis tu ya. Freebies untuk blog pun sis ada berikan juga. Namapun freebies kan so semestinya semuanya adalah secara percuma.

Perancangan akan datang aku ingat nak cari info dan tips tentang SEO dan kongsikan juga di blog ke dua aku tu. Bukan apa, sebabnya aku sendiri masih banyak kelemahan dalam bidang SEO jadi memang teringin sangat nak dalami bidang SEO ni. Moga-moga dapat tingkatkan diri dalam dunia blogging ni.. Ameen :D

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Dua Blog Jalan Seiring
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

10 comments

Tulis comments
avatar
17 March 2017 at 18:35

Awa berbakat dalam bab ni.. so memang cantik la kedua dua blog Awa....

Reply
avatar
17 March 2017 at 20:25

serius cantik sis edit blog!

Reply
avatar
17 March 2017 at 20:29

nampak cantik sebab kita suka style yang sama... :D

Reply
avatar
17 March 2017 at 20:48

Bagus tu, untuk panduan bloger2 baru macam WP ni.

Reply
avatar
18 March 2017 at 03:08

Terbaij sis dapat handle dua-dua blog kan .apa pun kedua2 blog sis ..CCL letak dalam bloglist

Reply
avatar
18 March 2017 at 13:25

unni da follow dua2 blog akak pu.. tpi rajin akak jaga dua blog..unni satu ni pun tkejar2 nk jaga..

Reply
avatar
18 March 2017 at 18:14

yeahhh, dah follow dua2 blog sis awa 😄

Reply
avatar
25 March 2017 at 17:57

Mek pun confuse td nk tekan yg mne satu. Rupanya dua dua sis punya :) Kipidap sis !

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.