Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nuffnang Mula Jeling Manja Pada Aku

Terkesima aku pagi tadi apabila melihat sen dalam akaun Nuffnang aku sudah bertambah. Kalau sebelum ini Nuffnang tak pandang aku tapi sekarang nampaknya dia sudah mahu jeling-jeling manja pada aku di sini.

Walau jumlah pendapatan masih tahap ciput tapi aku sangat-sangat bersyukur kerana ia telah dapat membuktikan yang blogger baru seperti aku turut di hargai oleh pihak Nuffnang. Terasa berbaloi segala penat lelah yang aku curahkan ke atas blog ini semata-mata untuk menarik perhatian Nuffnang supaya jatuh cinta pada blog aku ni.

Jika sebelum ini Nuffnang memberi iklan dalam bentuk CPC daripada pihak Mamee Double-Decker, kali ini Nuffnang memberi iklan daripada pihak Robi pula. Masih belum kenal siapa Robi? Meh sini aku perkenalkan.



Tara... inilah dia Robi. Amacam comel tak? 


Kalau anak aku nampak ni mesti dia excited. Tapi kalau beli satu tak cukup pulak. Silap haribulan bukan anak yang main tapi ayah nya yang sapu dulu sebabnya Robi ni comel sangat. Lagipun suami aku memang suka kumpul toys sebagai koleksi. Satu almari kat rumah ni hanya untuk toys dia je. Ala comeynya Robi, aku pun suka.. kiki.. :D

Robi ni adalah sebuah robot yang boleh menari, berjalan, tekan tubi dan duduk. Selain dari itu Robi juga boleh bercakap dan berkomunikasi dengan pemiliknya. Warna mata Robi akan turut bertukar mengikut perasaannya ketika itu. Walau kecil tapi Robi boleh di programkan untuk membuat pelbagai perkara malah untuk bantu buat kerja rumah yang ringan pun boleh. Mudah cakap Robi sangat unik dan cukup bagus untuk di jadikan teman. Robi berasal dari Jepun dan di cipta oleh seorang engineer bertaraf professor bernama Tomotaka Takahashi. Walau berasal dari Jepun tapi Robi ni dah merantau hampir ke seluruh dunia dan kini Robi telah selamat tiba di Malaysia. 

Robi di datangkan dalam part yang kecil dan boleh di pasang dengan mudah menggunakan screwdriver. Jangan risau screwdriver juga turut di datangkan sekali dengan Robi di dalam kotaknya. Panduan cara untuk pasang turut di sertakan juga sebagai bantuan.

Seronoknya adik adik comel bermain dengan Robi...

Haa kan dah kata, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun jatuh suka. Ehem ehem, mana satu yang handsome ni? Robi ke atau yang kat sebelahnya tu.. :D

Kalau dapat satu alangkah bestnya.. 

18 comments for "Nuffnang Mula Jeling Manja Pada Aku"

  1. Allhamdulillah... rezeki tak kemana sis

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    Smlm ana ke popular tgk ada kotak robi ni. Satu kotak rm79 cmtu tp dekat popular ada diskaun rm30 rasanya. Konon nk beli lah. Sekali g kat kaunter org tu kata ni baru satu part. Ada dalam 70 part rasanya. Dalam rm5k satu. Cancel terus. Hehe

    ReplyDelete
  3. Robi mmg comel..ekek
    saya sendiri pun suka..hahah

    tapi tak dapat nak beli coz wakaka ank buah yang berebut plak..wakaka

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis hawa ..CCL pun japgi nak check nuff jugak .mana tahu kot-kot melekat satu or dua

    ReplyDelete
  5. robi tu mmg comel.. kalau budak2 mmg suka sangat la ada 'kawan' cam robi tu.. haha

    ReplyDelete
  6. macam best je robot tu...

    ReplyDelete
  7. yg penting rajin berusaha cari side income melalui blog

    ReplyDelete
  8. Rezeki sis..hope terus maju dgn nuffnang...
    Cheers.

    ReplyDelete
  9. Nuffnang masih malu2 dgn kitaaa huu.. syukurlah rezeki x ke mana kan... kreatif orang japang ni kan...kalau ada satu kat rumah ni wat teman kita berblogging haaa

    ReplyDelete
  10. aida ada tgk iklan si robi ni.
    izzat suruh beli satu robi :) ha haha...
    cute... kan?

    ReplyDelete
  11. Tahniah dapat iklan nuffang tu :)

    Robi ni mula femes kat singapura kan. Memang hebat mainan sekarang ni. Maju tak macam dulu. Terfikir juga kalau dalam 10 tahun akan datang macamana lagi bentuk mainan kan.

    Canggih.

    Saya nak klik iklan nuffang tapi tak jumpa..

    ReplyDelete
  12. Macam nak beli je Robi tu, fenomena tu...

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah. nuffnang dah 3 bulan tak pandang elsa hmm. mungkin dia cemburu kot dengan elsa. atau elsa dah makin tak kisah dengan dia huhu

    ReplyDelete
  14. Alaaaa bestlah income dah naik. Syed tak naik2 pun hmmmm takpelah. Tahniah sis! hehee.

    ReplyDelete
  15. ada sy nampak iklan robi ni kat tv. comel. Alhamdulillah, pihak nuffnang juga dah jeling2 manja kat blog sy sis. sy buka blog kena guna internet xplorer, baru boleh nmpk iklan nuffnang kat blog lain. baru dapat klik iklan, yeahhh

    ReplyDelete
  16. semoga anak2 sis menjadi anak yg soleh, ameeen

    ReplyDelete