Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tidak Mahu Pinggirkan Nuffnang

Semalam aku terbitkan satu artikel bertajuk "Cara untuk pikat Nuffnang" dan aku tertarik dengan komen daripada rakan blogger yang lain..

Image result for nuffnang bloggers malaysia

Apa yang di katakan oleh semua rakan aku ni memang ada betulnya. Dunia blogger dulu dan sekarang sudah ada banyak perbezaan. Terus terang aku sendiri rasa terkejut semasa mula-mula kembali ke dunia blog ini beberapa bulan lepas. Bukan saja team blogger zaman aku dulu semuanya sudah hilang entah ke mana (tak aktif lagi) malah perkhidmatan iklan di blog juga sudah ada kelainan.

Kalau zaman aku berblogging buat pertama kali dulu (5-10 tahun lepas) boleh di katakan semua blog menggunakan perkhidmatan daripada Nuffnang. Sana sini bercerita tentang Nuffnang dan nama Nuffnang cukup gah! Nak dapatkan glitterati juga cukup senang. Hantar ticket pada pihak Nuffnang dan tidak lama selepas itu muncul lah bintang yang di tunggu-tunggu di dalam akaun Nuffnang.

Apabila cukup bulan masing-masing happy mengupdate status dan entry beritahu sudah cashout Nuffnang, ada yang dapat sehingga 4angka. Fuyooo... best weh sangat-sangat best. Secara tak langsung hubungan kami sesama blogger juga terasa cukup rapat dan happening. Satu demi satu tutorial di terbitkan untuk tatapan sesama blogger khusus untuk berkongsi info dan tips tentang Nuffnang.

Tapi sekarang nampaknya semua itu sudah semakin berubah. Rata-rata hanya meletakkan iklan Nuffnang di blog tapi selepas itu sama sekali tidak ambil peduli. Iklan Nuffnang kadang-kadang hanyalah seperti sebuah perhiasan di sidebar sahaja. Ada juga yang sama sekali tidak menggunakan khidmat Nuffnang kerana telah beralih kepada pihak pengiklanan yang lain terutamanya Addsense. 

Aku tak menyalahkan mereka kerana kerana itu juga adalah satu peluang. Tambahan pula Addsense menawarkan bayaran yang jauh lebih mahal daripada Nuffnang dan para blogger memang sudah lama menanam impian untuk mahu berkhidmat dengan Addsense untuk dapatkan bayaran lumayan tersebut. Dulu niat para blogger itu terhenti dek kerana Addsense tidak mahu menerima blog berbahasa melayu. Sekarang Addsenses sudah buka peluang, mula-mula mereka menerima blog dari bahasa Indonesia dan sekarang pula mereka sudah membuka tempat untuk blog berbahasa melayu. Mana mungkin para blogger mahu melepaskan peluang yang ada. 

Walau Nuffnang sudah lama dan khidmatnya semakin di lupakan namun aku happy sebab masih ada di antara para blogger yang mahu mengambil berat tentang Nuffnang. Masing-masing masih terus mahu mencuba untuk memikat hati Nuffnang. Bagi aku sendiri kenangan 'membesar bersama Nuffnang' tetap akan tersemat di dalam hati. Aku cukup suka apabila Nuffnang membenarkan semua blogger untuk berdaftar dengan cara yang cukup mudah dan cepat. 

Buat Nuffnang:
walau kalian sudah ada saingan namun jangan lah ingat yang semua blogger sudah melupakan kalian. Sesekali pandanglah pada blogger-blogger seperti kami ini yang terus ingin memikat hati kalian. Rajin-rajinkanlah tangan untuk lemparkan iklan-iklan terbaru di dada blog kami ini. Terima kasih

16 comments for "Tidak Mahu Pinggirkan Nuffnang"

  1. betul tu sis hehe sabar jelah :( dulu selalu dapat cpuv campaign . Skarang? hmmm cpc pun tak dapat. heheh mohla click iklan mellya pulak ye :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. setakat klik iklan takde masalah. nnti sis singgah isi tabung mellya

      Delete
  2. Mungkin atas sebab nuffnang sekarang sangat lambat nak naik. atau punca orang yang tak tahunak tingkatkan. Saya pun masih tak mahir lagi pasal nuffnang :( baru dapat rm 1.00 tapi tak pelah..rezeki jugakan. Macam betullah kata siti. Jarang dah dengan orang sebut pasal cashout nufnang. maybe mereka lebih tertarik dengan adsense. tapi bukan semuanya akan dapat dengan mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal tapi kita jangan cepat mengalah!

      Delete
  3. Betul tu sis, setakat ni saya dapat lah cashout dua kali... sebab kumpul-kumpul kan... ada juga hasilnya... hihi...

    ReplyDelete
  4. ya..betul tu....dulu selalu jer dapat income dari nuffnang...cepat pula tu tapi sekarang macam susah pulak income nuffnang nak masuk biarpun dah 1000 kali update servay nuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x.. mungkin nuffnang rasa makin terpinggir sbab blogger semakin beralih arah kot

      Delete
  5. Pihak nuff ada sebab-sebab tertentu kot .. cpc & cpuv nuff CCL untuk bulan mac ni pun belum kelihatan .huhu

    ReplyDelete
  6. tu la kan. busyra masih setia dgn nuffnang jgk ni . walaupun ada adsense jgk.. hope nuffnang masih nmpak kewujudanku ini. hehehe

    ReplyDelete
  7. Ya betullll, tepat sekali! Markah penuh untuk kak hawa. Muahciked! 😂😂😂👏👏👏

    ReplyDelete
  8. samalah, masih setia dgn nufnang gak, lagipun nuffnang antara platform pengiklanan yang paling mudah dan cepat berbanding yang lain tapi kalau nak hasil dari nuffnang tu kena byk2 sabarlah kan hihi

    ReplyDelete
  9. dari semalam lagi hairan dengan nuffnang sbb macam kurang aktif , akhirnya sampai ke blog ni. thanks sgt for the info

    ReplyDelete
  10. Betul laa. Sekarang ni dunia blogging dah banyak berubah. Walaupun di tinggal 3 tahun saja. Tapi kenangan dengan Nuffnang tu tetap besar. Banyak-banyak (nuffnang, innity, adsence, and so on) pengiklan, nama Nuffnang juga pertama keluar.

    ReplyDelete
  11. saya baru je nak aktif semula berblog setelah hmpir 2 tahun tidak aktif. bukak2 nuffnang macam sendu je. harap2 masih ada sinar. mohon lawat blog saya https://enieysuryani.blogspot.com/2018/08/review-tentang-carlton-inn-bukit-ubi.html.

    ReplyDelete