2 Mar 2017

Ucop Mentor Akan Terus Viral Kerana...

Image result for ucop mentor 2017 Ucop Mentor akan terus viral kerana.... dia telah berjaya menambat hati kebanyakkan penonton Mentor 2017 dari awal. Ini lah yang di katakan rezeki Allah SWT terhadap mana-mana hamba yang di kehendakiNya. Siapa sangka, Ucop berjaya mempunyai supporters yang ramai secara tidak disengajakan.

Aku sendiri mula menonton Mentor 2017 sejak episod pertama audition kerana aku suka dengan ke empat-empat Mentor untuk musim kali ini. Black, Hazama, Akim dan Tomok yang cukup sporting dan sempoi mampu membuatkan semua penonton berasa terhibur, relaks dan happy ketika menonton rancangan tersebut.

Aku masih ingat lagi saat pertama kali melihat Epul (Usop) di kaca TV. Mulanya aku ingat 'hmmm.. mamat ni tak boleh nyanyi ni.." sebabnya memang dari dulu kebanyakannya yang datang nampak je berkacamata hitam, tunjuk style sikit, start cakap lebih kurang tapi part menyanyi jer mesti OUT! Jadi firasat pertama aku mengatakan yang Si Epul ni pun tak akan boleh menyanyi dengan sedap.

Apapun ternyata firasat aku salah. Sebaik saja Epul buka mulut, aku dapat dengar ada nada tone dalam suara dia. Dengan serak serak basah, wah boleh tahan... Suami aku kat sebelah tetiba cakap, "dengar suara Usop macam suara Iwan laa.." Hah? Iwan?Hmmm ya ka? Awak kenal tak siapa Iwan? Ala Iwan yang dulu nyanyi lagu irama dangdut tu la...

Tiba-tiba teringat pada Iwan. Alhamdulillah dah jadi seorang insan yang soleh. Sekarang saudara Iwan hanya giat menyanyikan lagu-lagu berbentuk kerohanian saja. Syabas saudara Iwan

Image result for iwan dangdutImage result for rasa iwan syahman
















Berbalik pada Epul (Usop). Walau ada bakat, tapi sayang dia tak dapat di terima oleh Black. Mungkin Epul tak kena dengan gaya yang Black nak. Walaubagaimanapun Epul memang patut berterima kasih pada Black, kerana Black lah yang memberi cadangan pada Epul supaya datang ke ujibakat yang di kehendalikan oleh Akim. Semestinya kata-kata Black telah menaikkan self confident dalam diri Epul (Usop).

Seperti yang di sarankan oleh Black, Epul (Usop) benar-benar hadir ke ujibakat untuk Mentor Akim. Secara terus terang tanpa sebarang selindung, Epul memberitahu ia nya adalah idea Black. Mungkin Akim juga macam aku, yakin dan tak yakin mula bermain dalam diri. Mujur Akim mengambil keputusan untuk menghubungi Black. Sebaik saja Black memberitahu ada sesuatu dalam diri Epul (Usop), maka Akim terus mendengar nyanyian Epul (Usop) dengan lebih serius. Alhamdulillah kali ini Epul (Ucop) berjaya melepasi saringan pertama.

Sayangnya, Epul (Ucop) tidak melepasi saringan seterusnya. Saat ini Akim pula memberi cadangan supaya Epul (Ucop) datang ke ujibakat Hazama. Bila Akim cakap begitu, aku terus rasa Epul (Ucop) boleh berjaya sebabnya Hazama ada style yang lain daripada yang lain. Hazama juga di lihat memang sukakan sesuatu yang baru dan rare.

Seperti yang di jangka, akhirnya Hazama memilih Epul (Ucop) sebagai salah seorang protegenya yang akan beraksi di atas pentas.

Disebabkan kesungguhan Epul (Ucop), kepekaan Black, kebaikan Akim dan keputusan Hazama yang secara tidak langsung saling berkait membuatkan semua penonton Mentor semakin teruja untuk terus melihat perjalanan kisah Epul (Ucop). Tambahan pula kami (penonton) cukup terhibur dengan keperibadian Epul (Ucop) yang tampak sangat humble dan tidak sengaja di buat-buat. Terus terang aku suka melihat sikap Epul (Ucop) yang tidak 'overacting' dan sempoi. Kalau ada rezeki tidak ke mana, janji boleh menerima keputusan yang di buat tanpa banyak cakap. Itu sebaiknya.

Di sini aku sertakan sedikit biodata ringkas mengenai diri Epul (Ucop/Usop):

*Nama Asal : Muhammad Saiful Naim Bin Muhd Noor
*Nama Panggilan : Epul
*Nama Pentas : Usop / Ucop Mentor
*Usia : 20 tahun
*Asal : Lunas, Kulim Kedah
*Menetap di Kedah
*Bersekolah di Sek Men Keb Lunas, Kedah
*Menjadi vokalis sebuah kumpulan ketika usia 14 tahun 
*Ahli silat  *Suka berkaca mata hitam sejak dulu lagi

Facebook rasmi : Saiful Naim Official (SINI)


Epul (Ucop) memang minat kumpulan rocks 90an. Patut dia boleh nyanyi lagu macam ni dengan baik. Aku pun suka genre rock 90an, sebab muzik dia best! Lirik pun syahdu jer bila dengar..


Saat ini, nama Epul (Ucop) semakin di perkatakan dari hari ke hari. Aku sendiri akan setia di hadapan TV pada hari Ahad untuk melihat Epul (Ucop).

Aku amat yakin yang Epul (Ucop) boleh pergi lebih jauh lagi seperti mentornya Hazama tetapi.... haaa ada tapinya... sekiranya Epul (Ucop) di lihat mula berlagak, menyombong diri dan tidak berpawatakan loglaq macam dirinya yang sekarang... besar kemungkinan nama Epul (Ucop) akan mula di kecam. Saat itu, orang ramai bukan lagi akan bercakap hal yang baik tetapi akan mula berkata hal yang tidak sepatutnya.

Jadi aku cukup suka dengan nasihat yang di berikan oleh Dato Hattan pada Epul (Ucop) minggu lepas.... "Usop... hang jangan lupa diri." Betul!! Aku sokong nasihat dari Dato Hattan 100%.

Naik turun boleh berlaku dalam kehidupan dan di sebabkan Epul (Ucop) di sukai ramai kerana sikapnya yang humble dan real (not fate) so semestinya pengaruh untuk Epul (Ucop) boleh hilang sekilap mata jika dia berubah sikap...



"Ingat ya Ucop... berubah imej pakaian tak pa, tapi jangan sesekali berubah sikap.. Kalau ang ubah sikap, siap ang! Gerenti kami semua tak sokong dah.. Satu lagi, tolong jangan lupa mak ayah"




Kongsikan

Artikel Berkaitan

Ucop Mentor Akan Terus Viral Kerana...
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

15 comments

Tulis comments
avatar
2 March 2017 at 11:56

tak pernah tengok lagi mentor musim baru ni,tapi perasan jugak Uzop ni trending kat twitter

Reply
avatar
2 March 2017 at 12:54

Dari hari first CCL sntiasa follow usop.kelakar dia ni ..setuju dengan qoutes sis.biar imej berubah jangan sikap berubah . Setiap apa yang kita lakukan minta restu dari mak ayah . InsyaAllah rezeki tak ke mana .doa dari seorang mak ayah untuk anak-anak selalunya Allah makbulkan

Reply
avatar
2 March 2017 at 14:11

nanti tgk.. sedap sedap peserta tahun ni berbanding tahun lepas. sis sndiri tak boleh nak agak sapa boleh menang

Reply
avatar
2 March 2017 at 14:12

suara peserta lain pun best gak.. cuma tu la rezeki ucop la sbb dia telah diviralkan..

Reply
avatar
2 March 2017 at 15:36

setuju..sikap humble dia tue yang bernilai

Reply
avatar
2 March 2017 at 15:44

Kalau dah rezeki kan... pusing mana pun akan balik ke situ juga, tapi suara dia memang boleh tahan, lebih sikit dari saya, haha perasan lak... cuba personaliti dia perlu dibentuk lagi... masih kaku...

Reply
avatar
2 March 2017 at 21:30

sy mmg lyn mentor millenia ni, dr zmn dorg qody. lagi2 part audition 😄 yg bestnya, mana yg time audition tu mengena kat hati dorang, depa panggil buat persembahan. tapi yg usip ni, time dia dikir barat tu mmg best dah sy dgr sora dia, dgn perangai loqlaq dia lagi 😂

Reply
avatar
3 March 2017 at 21:37

Imej berubah mengikut keadaan masih boleh di terima tapi kalau perangai berubah habis la

Reply
avatar
3 March 2017 at 21:37

sikap tu sebenarnya yg buat kita suka kat Ucop...

Reply
avatar
3 March 2017 at 21:40

perangai loglaq dia mmg tak boleh tahan betoi.... hahaha

Reply
avatar
5 March 2017 at 21:06

tapi suka tngk gaya dia yg mcm blur2 😍 dia suka sebut mampuih time audition tu 😂

Reply
avatar
24 March 2017 at 19:13

Y pntg usop jgn kecewakan pmnt2.. hrpn pmnt sgt besar kt usop.

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.