Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Surirumah Macam Aku Boleh Ada Peminat?

Pergh... tetiba rasa macam artis pulak. Syok rupanya bila ada peminat ni ya. Sengih sampai telinga macam kerang busuk sampaikan Mr.Qamar jeling pun aku tak sedar. Wakaka.

Mesti dia tengah berfikir, "apa kena lah dengan bini aku ni, sengih sorang-sorang macam orang tak betul. Dok berangan jumpa pakwe lama kot?" Ops.... sorry ya! Pakwe lama jangan di sebut-sebut. Pantang tok nenek! Sejarah lama-lama aku sendiri dah tanam dalam kubur yang paling dalam. Jangan kata rupa, nama diaorg pun aku tak lalu nak ingat. (Nampak sangat ayat marah kan?)

Takdelah, actually aku juga bersyukur kerana mereka hadir memberi pengajaran. At least aku tahu Mr.Qamar adalah yang the best! Tiada dua, tiada sejuta. Dialah teman baik merangkap teman lelaki dan suami yang paling aku hargai dalam hidup ni.

Haa tengok,.. kan aku dah mula melalut. Tajuk entry Surirumah Macam Aku Boleh Ada Peminat? tapi tak pasal-pasal aku dah menjerumuskan isi entry ni ke cerita teman lelaki dan suami pula. Aku ni memang ada masalah penyakit sebenarnya. Penyakit ni susah betul nak di ubat dan tidak ada ubat sesuai yang boleh di beli di mana-mana. Penyakit tersebut ialah...

"Suka sangat menekan keyboard." 

Kalau bagi pen kirim salam aku nak pegang dan tulis, malas yang amat-amat tapi kalau suruh aku menaip of course I can. Cakap je nak berapa mukasurat, InshaaAllah akan siap di taip dengan masa yang singkat.

Ya ampun, cerita pasal menaip pulak dah. Habis bila masa nak masuk tajuk utama entry ni? Masalah betul lah 'minah' sorang ni! Siapa 'minah' tu? Akulah! Tengok tak pasal nama Si Minah terlekat sekali. Dah dah, jangan nak melalut panjang sangat, kan sampai besok pagi tak habis-habis.
Straight to the point!!

Rupanya aku ada peminat u alls.... wah I like. Yahoo yabeda beda beduuu... Kalau dekat mau je aku peluk-peluk, cium-cium, laga-laga pipi dengan peminat aku tu. Eh, jangan fikir kotor ek, aku boleh peluk dan cium dia sebab kami sama-sama perempuan hokay... Jangan nak fikir yang naughty naughty ek :D

Nama peminat aku ni ialah Mrs. Pip. Actually aku tak anggap pun dia sbagai peminat tapi lebih kepada seorang sahabat! Aku mula kenal dengan Mrs Pip ni setelah kami berbalas komen di wall blog Nourayudieb. 

Selepas berbalas komen kami saling follow blog masing-masing. Masa tu aku baru je publish entry sebanyak 5 bab tentang Kisah Benar Hidupku dan Mrs Pip merupakan salah seorang pembaca setia entry tersebut. Setiap pagi selama 5 hari berturut-turut aku terbitkan entry untuk kisah terbabit dan Alhamdulillah Mrs Pip sanggup datang dan baca kesemuanya walau memakan masa selama 5 hari berturut-turut. Selain Mrs Pip ada lagi rakan-rakan blogger lain (kaum adam pun ikut juga) yang sudi datang dan follow baca entry terbabit selama 5 hari tu dan aku amat hargai sangat-sangat.


** Belum baca Kisah Benar Hidupku? Klik SINI 


Hari ini aku dapat komen dari Mrs Pip. Beliau mahu aku terus menulis entry ala-ala novel seperti 'Kisah Benar Hidupku' dan katanya dia amat suka dengan hasil penulisan aku tu. Mau aku tak sengih sampai telinga kalau dah sampai begitu sekali pujiannya. Rasa macam hari ini juga nak start menulis novel dan hantar ke Alaf21 atau Kaki Novel. Wakaka...

Honestly, aku amat terharu atas maklumbalas. Macam nak nangis pun ada. Apa yang Mrs Pip sampaikan membuat aku makin bersemangat untuk menulis aku juga amat bersyukur yang amat sangat ke hadrat Ilahi kerana di kurniakan rakan-rakan yang cukup baik dan peramah melalui dunia blog ni.

Walau tak pernah bertemu muka dengan ke semua blogger yang ada tapi entah mengapa macam sudah ada satu hubungan yang kuat sesama kami. Dengan sendirinya kami saling rasa gembira kerana dapat kenal antara satu sama lain dan walau hanya sembang di alamaya saja tapi ikatan yang ada seolah-olah sudah lama terjalin.

Ada di kalangan para blogger yang aku anggap seperti umi, abang, kakak dan adik. Malah ada juga yang ku anggap seperti seorang sifu dan sahabat baik.Tanpa mereka-mereka ini pasti blog aku ni tak ke mana dan jika tanpa kata-kata komen yang penuh semangat dari mungkin sudah tentu aku sudah lama putus asa dari terus menulis.

Kerana insan-insan seperti merekalah blog aku ini terus wujud hingga boleh cecah pageviews sehingga 1000+ sehari.

Tak sangka PV boleh cecah ribuan dalam masa sehari


Bagi yang belum kenal dengan Mrs Pip, boleh lah kunjungi rumah (blog) beliau DI SINI.




23 comments for "Surirumah Macam Aku Boleh Ada Peminat?"

  1. Yelaaaa org tu ada peminat.. Kite tak de peminat pown... Sob sob sob.. (nampak takkkk ayat jeles kat situuuu) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tumpang jeles jugak mcm Lea la...nak jelessss hahaha

      Delete
  2. wakaka.... jeles menda nya. Blog Lea tu lagi hebat! :D

    ReplyDelete
  3. Kawan akak lah ni yg akak ckp tu, dia yg kenalkan akak kat awa...kitaorang pernah keje satu company sebelum jd suri rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lulu, femes pula muka aku lu, si sis awa letak di sini, hehe *rasa mcm selebriti* , erk... jgn jeles ... gurau2 ja..

      Delete
  4. Wahhh hebatnyaa akak. Hehe

    Tengok PV tu jeles betoii rasa. Hihi

    ReplyDelete
  5. Auw... Peminat misteri gitew..

    ReplyDelete
  6. Wahhh..! PV tu buat orang rasa jeles.. Q_Q

    ReplyDelete
  7. Kita pun die hard fans of sis hawa lah.. Hihihi

    ReplyDelete
  8. Haha...keluar pula muka mrs pip kat blog hawa ....
    Kita minta awa cerita tentang life awa, selalu tulis penuh suspen,
    Ni dah betul2 suspen ni, sekali buka post awa, terpampang muka kita..
    Mrs pip sentiasa tunggu cerita2 awa ...
    Sorry lambat nak membaca entry ni, pagi ni baru ada kesempatan,
    ....dan THANKSSSSSSSS *awa letak gambar mrs pip, rasa femes pula* hihihi ...
    we love you, Awa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la ngan Liez... tgg je awa punya entry..

      Delete
  9. nak tumpang jeles jugak mcm lea.... alhamdulillah bila blogging ni mcm ada ikatan persahabatan kan...

    ReplyDelete
  10. wah bestnye ada peminat..jeles gak mrs anna hehe

    ReplyDelete
  11. kita appreciate pembaca blog kiter yang rajin singgah :)

    ReplyDelete
  12. Kira hebatlah.
    Seribu lebih peminat sehari.

    ReplyDelete
  13. Wahhh ramai peminat, hihihihi. Mai lah tu salah sorang :P

    ReplyDelete
  14. sis, terima kasih sudi singgah kat blog alin.. link blog ni alin dah letak kat bloglist.. :)

    ReplyDelete
  15. saya pun baca kisah2 tu..follow tau..ingatkan novel..hehe
    JanjiKita

    ReplyDelete
  16. semoga silaturahim sesama rakan blogger akan terus terjalin kekal selama2nya..

    ReplyDelete
  17. Mrs Pip selalu jugak jengok blog saya... Saya jer yg kurang kesempatan nak jenjalan blog kengkawan... Alhamdulillah sekarang dah ada byk kemudahan kan... Kalau lah nak mengharapkan pada sebatang pen, memang penyakit m jelah memanjang... Tapi org dulu2 tu boleh jer kan...

    ReplyDelete
  18. Betul tuuuu sis hawa! Mulalah tulis manuskrip novel. Hehe.. Confirm kite beli novelnya nanti! Seronok kan kenal ramai orang baik-baik melalui blogging ni. Walaupun tak pernah jumpa di alam realiti, tapi best dapat kenalan baru. Macam sis hawa jugak! 😘💕

    ReplyDelete
  19. eh eh, kisahnya bermula dari blog sy :D bangga pulak tetiba. wkwkwkwkwkwk. sis Awa, lama plak sy x singgah di blog sis

    ReplyDelete