Tips Untuk Menjadi Menantu Kesayangan

17:02

Image result for menantu kesayanganLain orang lain caranya. Aku sendiri bukanlah seorang menantu yang perfect 100%. Yelah macamana nak perfect kalau masak pun tak pandai. Jangan kata nak masak, masa mula-mula kahwin dulu nak siang ikan pun tak lepas. Opsss...

Sejak mula berkahwin aku jenis suka cerita kelemahan diri sendiri dengan jelas di depan mertua. Biarlah mereka cakap apa saja asalkan mereka tahu yang aku bukannya seorang yang hipokrit. Kalau mereka tak puashati sekalipun, aku kan dah pun sah jadi menantu mereka? Yang penting suami aku sayang sepenuh hati.. betul tak?

Mula-mula kenal dengan mertua mestilah kecut perut. Takut kalau orang tak suka tapi disebabkan aku ni seorang yang happy go lucky maka aku gunakan kelebihan aku tu untuk dekatkan diri dengan mertua. Ingat ya! Sebagai ahli baru kita ni yang perlu dekatkan diri dengan keluarga mertua bukannya kita tunggu untuk orang datang dekatkan diri dan layan kita. Cara tu salah.

Ibu mertua aku seorang yang pendiam. Jadi agak sukar untuk terus aku himpit dia dengan perangai aku yang gila-gila ni pada mulanya. Jadi aku cari dulu siapakah ahli dalam keluarga mertua aku tu yang jenis banyak cakap dan sporting, Alhamdulillah kakak suami aku cukup sempoi. Maka melalui dia lah aku tanya itu dan ini tentang sikap ibu mertua. Aku juga tanya bagaimanakah sikap ahli keluarga yang lain. Kiranya mula-mula kahwin kena jadi spy dulu :D

Related image

Di sebabkan aku ni tak pandai memasak maka aku beritahu ibu mertua yang aku teringin nak belajar masak. Aku juga cakap yang aku nak belajar dari ibu mertua, tak nak belajar dengan ibu sendiri sebabnya ibu mertua aku yang lahirkan suami aku jadi semestinya ibu mertua aku lebih pandai tentang citarasa suami aku. Aku cakap baik-baik dan dalam masa yang sama puji ibu mertua depan-depan. Masa ni hanya antara aku dan ibu mertua saja tau. Tidak ada suami atau ahli keluarga yang lain di sisi. Alhamdulillah.. makin hari ibu mertua makin boleh di ajak berbual. Cuma tu la di sebabkan ibu mertua aku ni pendiam maka aku sendiri kadang-kadang jadi mati akal untuk cari topik perbualan. Haha.

Sekarang alhamdulillah, sudah hampir 16 tahun aku bergelar seorang menantu. Macam yang aku cakap tadi aku ni jenis happy go lucky jadi boleh di katakan aku ni suka jugalah buat lawak depan mertua. Mula kahwin dulu memang segan dan malu tapi sekarang tak lagi. Sebagai contoh, aku baru tiba di rumah mertua, aku terus masuk dalam rumah dan dapatkan my mother in law dan peluk dia dari belakang. Lepas tu aku akan cakap,.. "Rindunya Awa kat mek! Meh sini nak cium sikit. Busuk ke wangi?" Lepas tu, mak mertua aku akan mula tersengih. Kih kih kih.

Tapi untuk buat semua tu bukan boleh terus redah je ya. Kan tak pasal orang akan kata yang kita tu tengah buang tabiat. Tak pun orang akan anggap kita tengah membodek. Silap haribulan bukannya mertua akan sayang tapi akan buat orang lain menyampah.

Aku boleh peluk dan cium ibu mertua kerana aku telah..
  • Praktik salam dan cium pipi sejak hari pertama diperkenalkan pada keluarga mertua
  • Selalu bercakap perkara yang baik-baik saja tentang suami di depan keluarga mertua
  • Selalu bergaduh gurau (bukan gedik2 manja) tanda bahagia dengan suami di depan mertua
  • Tak suka jaga tepi kain orang lain
  • Biasakan selalu tersenyum dan ketawa 
  • Paksa diri untuk rajin ketika berada di kalangan keluarga mertua
  • Suka mengadu manja tentang suami pada mertua.. sebagai contoh.. "Mek nak tau tak, hari ni kan orang tu merajuk tau.. Bla bla bla..."
  • Peluk ibu mertua dengan erat seperti sedang peluk ibu sendiri
  • Jaga aurat
  • Jaga tingkah laku
  • Jaga batas adab dengan ahli keluarga lelaki. Dengan ahli keluarga lelaki selalunya aku tak banyak cakap sangat melainkan dengan adik-adik ipar.
  • Ajak dan bawa mertua pulang ke kampung sendiri. Bila dah ada dua ibu, pastikan layan sama rata. Jangan lebihkan mana2 ibu kerana ke dua-dua wanita dan mudah terasa. Letakkan diri kita di tempat ibu dan ibu mertua, pastinya kita mahu rasa kita lebih di sayangi kan? Jadi sebagai anak kita kena layan sama rata. Peluk ke dua-duanya, cium ke dua-duanya. Kalau beli apa-apa, baik beli yang sama warna dan jenis. Ini cara aku lah. Biar nampak boria tak apa janji serupa :D
Sampai sekarang hubungan aku dan mertua baik. Malah ibu aku dan ibu mertua juga boleh berbual dengan baik. Cuma biasalah, kadang-kadang ada juga perkara yang kita tak suka tapi kita buat-buat tak tahu sudahlah. Yang penting kita bahagia di sisi suami dan anak-anak dan jangan tunjuk yang kita ni tak mahu mencuba untuk dekatkan diri dengan mertua. Walau apa sekalipun kita kena ingat yang redha Allah  terhadap seorang isteri adalah terletak pada redha suaminya. So, jangan sesekali buat sesuatu perkara yang boleh menampakkan kita ni 'bukan pilihan yang tepat' untuk nya.

Kenapa hari ni tetiba buka topik keluarga mertua ni? 
Kerana hari ini aku tak payah masak. Yes yes! Lepas breakfast tadi suami aku pergi ke rumah ibu saudaranya sekejap dan aku tak ikut sebab kurang sihat sikit. Apa yang buatkan aku excited, ibu saudara suamiku telah tapau lauk pauk untuk aku dan famili. Ada singgang daging, ada gulai ikan kering, ada ayam goreng berempah dan juga pulut manis.

Foto Homemade Craft.
Pucuk di cita ulam mendatang lah. Tak payah susah payah berperang kat dapur, hanya perlu nanak nasi dan panaskan saja lauk pauk tu dan terus ngap. Yahoo yabeda bedu. Tak sia-sia kan kalau buat orang lain rasa senang dan mesra dengan kita. Inilah kelebihannya :D

Foto Homemade Craft.

Jangan jealous ye sebabnya aku sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk tiba ke tahap ni. Jadi pada yang bakal berkahwin dan telah pun berkahwin, make sure cuba tackle hati seluruh ahli keluarga suami tu. Ibu mertua, adik beradik ipar. ibu dan bapa saudara suami, sila takcle hati mereka semua sedaya upaya. Kalau mulanya di benci pun jika kita terus usaha, InshaaAllah berhasil juga kerana hati yang keras mahupun lembut ni Allah ada penawarnya. Tolong berusaha dan Awa gerenti hidup kalian akan senang nanti. InshaaAllah.

Related image

You Might Also Like

17 comments

  1. Kalau bercerita pasal mak mertua ni seremmm betul rasanya. Manalah tahu kot2 dapat macam filem p.ramlee tu haaaa nayaaa hidup. Paranoid sungguh rasanya. Tapi lepas ni boleh la try tips kak Awa ni dekat bakal MIL. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun seram masa mula2 jumpa tambah2 kami dr lain2 negeri. Tapi itulah cara yg sis buat. Dah namapun emak kan? Bila selalu di peluk di cium oleh si anak, akan lembut juga hatinya :D

      Delete
  2. Alhamdulillah...menantu solehah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menantu hantu juga ni ANIS oi.. haha. cuma alhamdulillah tips yg sis pratikkan selama ni so far memang berhasil.

      Delete
  3. selamat lah Ana di kurniakan mak mertua paling sporting sekali. sgt prihatin dan memahami anak menantu cucu semua. tak pandai memasak tolak tepi semua. hehe

    ReplyDelete
  4. nice tips sis.saya pn bru kawen jd tak biasa lagi dgn family belah suami.tapi bila travel sma2 memang seronok

    ReplyDelete
  5. Terima kasih tips kak Awa.... hahaha sangat berguna. bakal mil Mai pun jenis pendiam, masa datang rumah mai haritu pun nasib baik mak mai jenis sembang meriah. Masalahnya Mai pun jenis pendiam, ayook macam manalah nanti...

    Kena praktis banyak2 ni..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai,
      Jangan lupa kad untuk saya.

      Delete
  6. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Thank you, sis hawa bagi tips niii untuk 'bekalan di hari depan'! Hiks. InsyaAllah, akan cuba dipraktikkan sejurus je diperkenalkan dengan bakal mertua nanti. 🙆💕
    Tapi tak tahulah bila punya cerita. Hehe.. Takutnya! Fikir saja pun dah buat nervous. 😅

    ReplyDelete
  8. Saya tak boleh jadi menantu yg baik. Emak metua dah tak ada.

    ReplyDelete
  9. Good tips sis hawa..samalah kite pon dule seremm jugak mula2.tapi terbalik mak mertua kita gila2 skit perangainya sy pulak pendiam..haha..

    ReplyDelete
  10. good tips ni sis. tq for sharing

    ReplyDelete
  11. waaahhhh... siap ada tips lagi...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  12. Bagus rupanya..
    Perkongsian yang ohsem..

    ReplyDelete
  13. Ermmm, macam mana pula bakal mertua sy ni? ��

    ReplyDelete