28 Feb 2017

Full Edit Blog Untuk Pracomelku Sg Limau

Syukur alhamdulillah, nampaknya hasil kerja edit blog yang di tawarkan semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Mungkin di sebabkan style dan warna design yang di gunakan atau mungkin juga di sebabkan harga yang agak rendah dan berpatutan.

Hari ini aku berjaya siapkan satu lagi tempahan edit blog. Tempahan ini di buat oleh Puan Ruslina  bagi pihak Pra Comelku, SK Sg Limau.  Untuk pengetahuan semua, Puan Ruslina merupakan mama kepada Faiq Najmi yang telah pun menerima servis edit blog dariku sebelum ini.

"Terima kasih banyak ya Faiq..."

[ SEBELUM ]

Sebelum ini blog Pracomelku menggunakan template responsive dengan berlatar belakangkan warna pink dan putih. 


[ SELEPAS ]

Inilah dia wajah terbaru untuk blog Pracomelku selepas disentuhkan dengan warna purple dan pink. Warna purple yang di gunakan sebagai latarbelakang adalah mengikut warna tema uniform yang di pakai oleh warga comel Pracomelku itu sendiri. Untuk header aku gabungkan 2 doodle (murid dan gurunya) bersama sebuah papan tanda dengan ucapan selamat datang.


Manakala motto Pracomelku yang berbunyi "Belajar Melalui Bermain" di letakkan di bahagian footer bersama beberapa doodle happy kids untuk menaikkan lagi keceriaan di blog tersebut.

Selepas je siap dan tunjukkan pada Faiq, mamanya terus setuju... Alhamdulillah, lega sangat-sangat.. 

Untuk lihat secara live, boleh singgah ke blog >> https://pracomelkusksl.blogspot.my/

Promosi diskaun RM5 sepanjang Feb 2017 sis lanjutkan lagi sehingga Mac. Bagi yang berminat mahukan servis edit blog dari sis, boleh hubungi sis melalui inbox facebook @ email



Baca Sepenuhnya

27 Feb 2017

Full Edit Blog Untuk Mrs Fuzy

Assalamualaikum, seperti yang di janjikan, seorang pemenang utama untuk GA Ini Blog Siapa? akan menerima servis edit blog sepenuhnya. Dan pemenang tersebut adalah Mrs Fuzy yang lebih di kenali sebagai Umi.



Umi memberitahu yang dia sukakan hijau dan pada mulanya Umi serahkan soal design pada aku sepenuhnya. Aku sendiri belum kenal umi sepenuhnya lagi dan aku cuma boleh design mengikut apa yang aku rasakan mungkin okay dengan blog Umi... 

Ini adalah hasil designnya. Dub dap dub dap tunggu kata putus dari umi...



Tapi design ini tak di approve oleh Umi... kwang3x... sebabnya Umi tak suka ribbon, warna dan style yang agak 'bersinar' macam tu... "Maafkan Awa ya Umi..." :D

Di sebabkan aku punya style dan umi punya style tak sama, so kali ni Umi kasi penerangan yang jelas blog macamana yang dia nak...

Dengan mengikut bayangan yang di beri oleh Umi, aku buat semula sebuah template lain untuk Umi. Alhamdulillah kali ini misi telah berjaya.


[ SELEPAS ]



Terima kasih banyak-banyak pada Umi sebab boleh tunggu dengan sabar. Bukan nak di sengajakan tapi baru-baru ni tak sihat sikit (demam).

Untuk lihat secara live boleh singgah ke blog Mrs Fuzy ya >> http://sweetsourleyra.blogspot.my/







Baca Sepenuhnya

Belajar Buat Blog | Menulis bersama SEO


"Saya tak pandai lah..." hmm... belum apa-apa dah nak mengalah. Kita kena ingat yang semua orang bermula dari kosong dan tolonglah jangan terlalu cepat untuk berputus asa. Mana ada blogger yang baru mula menulis terus akan berada di puncak. Walau sis bukan seorang blogger yang terkenal tapi sis tetap bersyukur kerana berjaya menyelit di antara para blogger yang lain. Terus terang dulu sis tidak tahu apa-apa langsung tentang blog hinggakan nak buka satu akaun blog pun terkial-kial masa tu. Mujurlah, dengan adanya blogger-blogger lama yang kongsikan pelbagai tutorial untuk di ikuti, sis bukan saja boleh belajar buat blog sendiri dengan mudah malah sis juga dapat belajar mencantikkan blog mengikut citarasa sis sendiri. 

Sebenarnya blog merupakan satu bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri. Tidak di nafikan masih ada yang kurang berminat dengan dunia blog tapi bagi sis dunia blog sangat-sangat menyeronokkan. Selain dapat mengenali dan mengeratkan silaturahim sesama penulis blog, ada lagi beberapa kelebihan blog yang tidak terdapat pada media sosial yang lain.

ENAM sebab utama kenapa sis bersungguh-sungguh belajar buat blog untuk menjadi seorang blogger ialah:

1- Dapat memenuhi masa terluang
Sis suka membaca jadi sis dapat penuhi masa terluang dengan membaca blog-blog yang ada. Sis boleh memilih untuk membaca blog mana yang sis suka dan secara tidak langsung sis  juga dapat berinteraksi dengan si penulis dengan memberikan komen atau pendapat mengenai sesuatu isu tersebut. Jika sis membaca buku pastinya sis tidak dapat berinteraksi terus dengan si penulis.

2- Dapat meluahkan rasa dan perasaan.
Sis sudah lama tidak menulis diari lagipun sis rasakan lebih selesa dan seronok berkongsi cerita seharian dan kadangkala perasaan di dada blog. Dengan cara ini sis bukan saja dapat berkongsi apa saja yang sedang terbuku di hati malah kadangakala sis juga dapat nasihat percuma dari para blogger yang lain. Secara tidak langsung sis dapat rasa yang sis tidak berkeseorangan.

3- Dapat memperoleh ilmu
Para blogger turut berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang jadi kita boleh mendapatkan ilmu dalam ada saja aspek yang kita suka. Tidak susah, cari saja apa-apa tajuk yang ingin kita tahu, Inshaa Allah pasti Google akan syorkan pelbagai artikel yang berkaitan.

4- Dapat menjana pendapatan
Jika menulis di dalam media sosial yang lain, selalunya tidak akan ada apa-apa pendapatan yang boleh di perolehi dari tulisan tersebut. Tetapi sebaliknya berlaku di dalam dunia blog. Di sini para blogger bukan saja dapat menulis apa saja yang ingin di kongsikan malah dapat juga menarik perhatian pihak pengiklan seperti Nuffnang dan Addsense. Pendapatan blogger ada yang mencecah 4 angka sebulan. 

5- Dapat mencantikkan blog
Ini adalah perkara yang paling sis suka sebab sis memang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang dekosari blog. Semakin hari sis semakin ingin belajar dalam bidang ini dan sis juga suka untuk mencantikkan blog rakan-rakan blogger yang lain. Sis paling suka mencantikkan bahagian menu tab (navigation bar). Bagi sis bahagian ini cukup penting bukan hanya kerana tempatnya yang berada di bahagian kepala blog tetapi sebab ia yang akan membantu membawa pembaca dari satu kategori ke satu kategori lain dengan lebih cepat dan mudah.

6- Dapat mendalami bidang SEO
Apakah itu SEO? SEO bermaksud Search Engine Optimization. SEO berkait rapat dengan mesin carian google dan sekiranya sesebuah blog itu cukup mesra dengan SEO bermakna blognya akan muncul di tangga teratas setiap kali artikel yang di tulisnya berkaitan dengan tajuk carian yang di taip oleh seseorang di kotak carian Google . Apabila sesuatu blog itu berada di tangga teratas ini bermakna blognya akan lebih di kunjungi oleh orang lain berbanding dengan blog yang sama sekali tidak di rekomen oleh pihak Google.

Sebagai contoh, apabila di taip perkataan SIS, terdapat sebanyak 238,000,000 jumlah artikel yang dapat di kesan oleh Mr. Google. Apa saja perkataan yang kita taip pasti akan muncul hasil cariannya oleh pihak Google.dan untuk berada di tangga teratas pencarian bukanlah satu kerja yang mudah. Sebab itu kita perlu belajar selok belok SEO supaya blog kita berjaya berada di dalam senarai teratas Google.


Untuk menjadikan sesebuah blog itu sebagai mesra SEO, kita perlu praktikan beberapa perkara asas ketika menulis blog iaitu:

Tajuk artikel bertepatan dengan isi yang bakal di tulis 
bayangkanlah tulis tajuk entry cara-cara untuk pikat hati ibu tetapi isi di dalamnya tentang cara mandikan kucing. Kan tak kena tu. Jadi tajuk yang akan di pilih haruslah tepat dan ada kena mengena dengan isi yang akan kita tulis. Cuba sedaya upaya kerah otak tu untuk cari perkataan yang sesuai okay.

Artikel di tulis sebanyak 300-500 patah perkataan
sis akui bukan mudah nak menulis panjang-panjang dan ini merupakan salah satu kekurangan yang ada pada diri sis. Naik mati kutu memikirkan apa lagi ayat yang perlu di gunakan demi memanjangkan sesebuah artikel. Tak di nafikan kadang-kadang sis mula menulis merapu meraban semata-mata nak panjangkan artikel.. ops.. Tapi, bila di fikir balik memang betul pun perlukan perkataan yang panjang sesama menulis, ye lah... bayangkan kita sedang cari info tentang sesuatu perkara, susah payah berjalan bersama encik Google dan bila dah jumpa baru baca dua perenggan dah habis artikelnya. Hmmm... nampak sangat kita tidak puas hati dan jangan harap nak singgah di blog tu lagi.

kupas isi artikel secara jelas dan terang
Terang lagi nyata, orang tidak akan suka baca sesuatu artikel yang entah apa-apa. Kita kena sedia maklum blog merupakan salah satu dari sumber bacaan yang sentiasa di guna pakai oleh orang ramai di luar sana, untuk apa? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dapatkan info, ilmu dan tips yang tepat, lengkap dan padat. Kerana itu kita di syorkan untuk menulis sesuatu artikel yang kita rasakan sudah cukup bagus dan berbaloi untuk di kongsi.

sentiasa menggunakan ejaan yang penuh dan betul semasa menulis
"sy x ska r awk.. mls r nk lyn.." aduh... pening kepala nak membacanya. Macam tengah main teka-teka pun ada. Tolonglah kalau nak tulis baik tulis dengan terang dan jelas. Janganlah buang masa para pembaca. Sis cakap terus-terang, kalau sis singgah di mana-mana blog dan begini cara dia mengeja sis terus cabut. Jangan marah...

amalkan penulisan berbentuk 'why and how' semasa menulis
terdapat banyak definasi dan pendapat tentang cara penulisan konsep 'why and how' ini. Sis sendiri masih belajar untuk lebih mendalami konsep ni. Apa yang sis praktikkan sekarang ialah sis akan bertanya terlebih dulu pada diri sendiri sebelum memulakan sesuatu penulisan. Kenapa mahu menulis tajuk ini, pada siapa mahu disasarkan artikel ini dan bagaimana mahu menyampaikannya supaya dapat di terima baik oleh semua pembaca? Sis juga suka menulis dengan ayat yang lebih berbentuk tanda tanya di awalan cerita supaya pembaca terus melekat dari awal bacaan sampai habis.  Macam yang sis cakap tadi, sis sendiri masih belajar tentang hal ini jadi agak sukar untuk sis terang dengan lebih detail.

apa yang di tulis adalah idea sendiri
ini adalah satu perkara yang cukup penting di dalam dunia blogging. Memang betul, kebanyakkan topik yang di kongsikan adalah hampir sama antara satu blog dengan blog yang lain tetapi tidak semestinya isi yang cuba di sampaikan adalah sama. Jadi semakin kita membaca, semakin banyak pendapat, info, ilmu dan tips yang akan berjaya kita kumpulkan. Kerana itu, sebagai seorang blogger adalah tidak sepatutnya mengamalkan sikap copy paste semasa berblog. Adalah lebih bagus jika menulis dengan menggunakan idea dan kreativiti sendiri. Bila menulis sendiri ia bukan saja dapat memperlihatkan siapa kita sebenarnya malah ia juga dapat membantu kita mempertingkatkan gaya penulisan yang lebih baik dari masa ke semasa.

gunakan gaya penulisan yang asli (tidak terikut dengan orang lain)
Semestinya semua blogger ingin blog masing-masing di kenali ramai. Mahu blog sentiasa berada di tempat teratas carian. Tetapi, untuk menjadi seorang blogger yang terkenal bukannya satu perkara yang mudah. Bagi sis menulis blog biarlah dari hati. Tidak perlu terikut dengan gaya penulisan orang lain sehingga membuatkan kita sendiri rasa tidak seronok ketika berblog. Be yourself, itu yang paling penting.

Untuk dapatkan bimbingan yang lebih tepat dan jelas tentang belajar buat blog berserta dengan SEO, awak boleh dapatkan e-book di bawah ini. E-book ni sedang di beri secara PERCUMA tau, jadi sementara peluang masih terbuka baik download cepat-cepat sebelum melepas.


Artikel ini di tulis khas untuk menyertai Contest SEO Belajar Buat Blog.
Jika ada yang ingin menyertai contest ini sila klik link banner di bawah ini.

Contest ini turut di sertai oleh:
  1. calrasepatrick.blogspot.com dapat bayaran RM30
  2. nonasani.blogspot.my dapat bayaran RM30
  3. missobsesi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  4. sayidahnapisah.com dapat bayaran RM30
  5. mommyfiqa.com dapat bayaran RM30
  6. bloggerlelaki.com dapat bayaran RM30
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my dapat bayaran RM30
  8. dianarashid.com dapat bayaran RM30
  9. susahsenangblogger.com dapat bayaran RM30
  10. at-tarmizi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  11. myideakini.com dapat bayaran RM30
  12. amirkhalis.blogspot.my dapat bayaran RM30
  13. sayabukancikgu.com dapat bayaran RM30
  14. messarah.blogspot.my dapat bayaran RM30
  15. jangan-bukak.blogspot.my dapat bayaran RM30
  16. fadzirazak.com dapat bayaran RM30
  17. heroborneo.com dapat bayaran RM30
  18. nikkhazami.com dapat bayaran RM30
  19. misztrex.blogspot.my dapat bayaran RM30
  20. ummizarra.com dapat bayaran RM30
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
Cabaran Contest SEO : Belajar Buat Blog ini berlangsung dari 25 Januari sehingga 25 April 2017.
Baca Sepenuhnya

23 Feb 2017

Gary Dan Ji Hyo Akan Berkahwin Tahun Ini?

Semua peminat Monday Couple teruja dan gembira apabila dikatakan Gary (38 tahun) akan berkahwin dengan Song Ji Hyo (35 tahun) pada pertengahan tahun ini. Masing-masing sudah tidak sabar dan mendoakan agar pasangan ini benar-benar di satukan. Semua peminat dari seluruh pelusuk dunia semakin berdebar-bedar menantikan detik yang paling di tunggu-tunggu itu. Namun kesahihannya masih belum dapat di pastikan lagi.

Image result for gary jihyo
Khabar angin ini tercetus melalui komuniti online sejak Januari lalu apabila salah seorang ahli komuniti itu memberitahu bahawa dia ada mengenali seseorang yang berkerja di sebuah dewan perkahwinan dan di katakan Gary telah datang untuk menempah dewan perkahwinan tersebut. Gary hadir seorang diri dan apabila di tanya di manakah bakal pengantin perempuan? Gary menjawab yang bakal isterinya sedang menjalani pengambaran. Hari tersebut adalah bertarikh 17 Jan 2017 yang kebetulan jatuh pada hari Selasa dan Selasa merupakan hari pengambaran untuk rancangan RunningMan. 

Gary di katakan telah berjanji akan menghubungi pihak dewan perkahwinan itu semula kerana saat ini dia masih ingin melihat-lihat dan akan membuat keputusan kemudian berkenaan dewan tersebut.

Apabila khabar angin ini semakin tersebar, Gary terus menepis melalui akaun instagramnya dengan berkata, "Rumor is just rumor. But everyday is monday XD." - Kang Gary

Khabar angin ini telah menyebabkan alasan Gary meninggalkan RunningMan kerana ingin fokus dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu mula di ragui. Saat ini memang Gary sedang berulang-alik antara China dan Korea kerana muziknya telah berjaya mendapat tempat di sana dengan baik tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Gary mengambil keputusan drastik meninggalkan RunningMan supaya hubungan cinta rahsianya dengan Ji Hyo dapat di tamatkan dalam masa terdekat tanpa perlu memberi sebarang impak yang drastik pada RunningMan. Jika benar mereka berkahwin dan ke dua-duanya masih berada di dalam RunningMan ini bermakna konsep sebenar RunningMan dan Monday Couple akan terjejas.

Khabar angin ini turut di kaitkan dengan episod 325 ketika 6 ahli tetap RunningMan mengunjugi Gary di studionya. Dalam satu babak antara Ji Hyo dan Gary, beliau telah berkata kepada Ji Hyo dalam nada bergurau... "If I could, I want to give the whole wallet to you. Ji Hyo, will you marry me?". Seperti biasa Ji Hyo membalasnya dengan ketawa. Gary bertanya lagi seandainya Ji Hyo akan terus datang menemuinya setiap hari Isnin sebagai Monday Couple tetapi Ji Hyo terus menolak soalan itu dengan sebuah nyanyian. Ketika itu para peminat hanya menerima adegan tersebut sebagai satu gurauan spontan sehinggalah khabar angin ini muncul. Masing-masing mula terfikir adakah ketika itu Gary benar-benar ingin melamar Ji Hyo?

Sewaktu di China, Gary juga telah memuatnaik beberapa gambar ke laman istagramnya. Gambar yang di muatnaik Gary agak berbeza daripada biasa dan hal ini membuatkan semua peminat Monday Couple semakin yakin bahawa Gary benar-benar akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Masing-masing berpendapat bahawa Gary sedang memberi 'klu' secara diam pada semua peminat-peminatnya.





Kebarangkalian untuk Gary dan Ji Hyo berkahwin adalah tinggi ini kerana mereka telah di sahkan sebagai pasangan paling secocok (match made in heaven) oleh penilik nasib Korea dalam episod 183. Hal tersebut benar-benar membuatkan semua orang terkejut termasuk Gary dan Ji Hyo sendiri. Para penilik nasib memang menjadi rujukan utama rakyat Korea dalam menentukan jodoh di antara mereka.

Benar atau tidak khabar angin ini? Hanya masa yang akan menentukan kerana sehingga ke saat ini Gary dan Ji Hyo masih lagi bermain teka teki dengan ke semua peminat mereka. Jika benar pastinya hubungan mereka sebagai pasangan sekerja selama 7 tahun akan berbaloi.

Image result for gary jihyo destiny couple episode

Ikut RunningMan sejak 7 tahun lalu kerana Monday Couple
Baca Sepenuhnya

Apabila Dara Sudah Hilang Harga

"Abang pilih yang mana? Perawan atau jandaaaaaa....???" Tetiba teringat lagu yang Akis nyanyi di pentas Mentor Milenia tempohari. Satu soalan untuk abang-abang sekalian yang ada membaca artikel ini, abang-abang pilih yang mana? Yang masih perawan atau yang sudah janda? :D

Tiba-tiba rasa panas je dalam blog aku ni.... Walaubagaimanapun, sebagai seorang perempuan semestinya aku boleh bercakap isu ini dan para lelaki yang mahu ikut baca, di minta baca dengan senyap ya.... shhhh... jangan banyak bunyi ok. Nanti dah habis baca baru boleh bercakap kat ruangan komen di bawah tu ya... itupun kalau abang-abang berani letakkan komen la.. hahaha...

Aku yakin pasti ada yang garu kepala bila aku buka topik untuk isu sensitif ni kan? Boleh bikin malu orang perempuan gitu tapi hakikatnya memang aku sengaja nak bagi orang perempuan malu...!! Biar malu semalu malunya, biar reti sereti retinya. Ini umur baru setahun jagung dah pandai bercouple-couple mengalahkan orang dah beranak pinak. Aku yang melihat ni bukan setakat geli tapi sampai rasa nak termuntah. Aku rasa golongan janda mungkin lebih pandai jaga diri dari mereka-mereka ni. Sebab tu Miss J ramai yang dapat kahwin semula dengan lelaki yang ada class.

Terus terang, aku sebagai seorang wanita naik gerun melihat kelakuan budak remaja perempuan sekarang ni. Nak kata aku ni lahir zaman batu tak jugak. Aku lahir awal tahun 80an dan zaman tu pun memang ada juga gejala sosial ni. Masa zaman aku dah ada mat rempit, ada bohsia, ada bohjan, ada isu isap gam, semua tu ada tapi yang buat aku makin menyampah dengan sesetengah budak remaja sekarang ni sebab diaorang punya gedik tu melampau-lampau sangat. Di khalayak ramai pakaiannya ntah apa-apa... lepas tu di layan nya si teman lelaki macam sedang melayan suami. Kasi pegang situ, kasi pegang sini.. konon-konon sebagai tanda cinta sejati.. banyak lah dia punya cinta sejati!!

Aku boleh agak pasangan mana yang dah berkahwin dan pasangan mana yang belum lagi berkahwin sebabnya, pasangan yang dah berkahwin ni, walau halal untuk saling bersentuhan tetapi kami kena jaga perilaku di khayalak ramai tau. Sebab apa kena jaga? Kerana Islam itu membataskan perilaku yang berlebihan ketika di luar rumah.  Ketika berada di khalayak ramai, pasangan yang dah berkahwin ni di haruskan untuk pegang tangan saja, nak cium-cium, nak peluk-peluk semua tu kami kena tunggu balik rumah.. Bagi pasangan yang baru berkahwin tu, di nasihatkan jangan sengaja nak tunjuk romantik sangat sampai tak mahu ambil kisah tentang batasan agama. Kan tak pasal-pasal orang lain boleh tahu dengan senang tahap ilmu agama kita setakat mana... sapa yang malu? Diri sendiri juga.... huhu..

Berbalik pada cerita tadi, apabila sudah di kasi pegang, break up, mulalah nak frust menonggeng.. Di tulisnya pula dalam status facebook macam-macam meroyan macam orang sakit mental. Kita yang membacanya ni jadi tak tahu nak komen apa sebab status sebegitu sangat menunjukkan kekurangan akal pada si penulisnya. Putus cinta je pun bukannya bercerai berai. Orang lain yang kehilangan suami tak meroyan macam tu dik oi...  Aku dulu pernah juga putus cinta tapi di sebabkan kita jaga diri dengan baik jadi apa nak risau. Dah tak ada jodoh biarlah, nanti nak dapatkan jodoh yang lain buat tapisan dulu sebelum terima, biar dapat yang lebih baik sampai teman lelaki dulu menyesal tak sudah.

Buat adik-adik yang belum berkahwin (masih remaja terutamanya), meh sini hakak nak kasi ajar meh. Anjak sikit kasi rapat mudah hakak nak sound kasi masuk terus ke hati tu.
Dengar sini pesanan dari sis satu persatu ya..

  • Jangan bagi orang lelaki pegang-pegang walau sekadar ringan-ringan sebabnya bila sekali orang lelaki pegang kita akan mula syok dan lama-lama akan ketagih. Ketagih dadah boleh bawa mati tapi ketagih ini boleh buat kita hilang pertimbangan diri.
  •  Bila ketagih mula lah nak jumpa boyfriend lagi lagi dan lagi sebab syok. Pastu bila tak jumpa akan meroyan macam orang tak cukup akal. Rindu lah.. cinta lah.. alasan je semua tu. Hakikat sebenar sebab nak berseronok! 
  • Jika di biarkan terus di pegang-pegang lama kelamaan pasti boleh terlanjur. Apa tidaknya bila berdua-duaan bermakna ada syaitan sebagai orang ke tiga di tengah-tengah. Syaitan memang suka benar lah situasi macam tu sebab mudah dia nak hasut.
  • Bila dah terlanjur, besar kemungkinan akan mengandung tau. Adik-adik comey ni jangan ingat terlanjur sekali tak akan jadi apa-apa ya... kirim salam banyak-banyak lah sebabnya walau hanya terlanjur sekali tetapi peluang untuk mengandung itu tersangatlah tinggi sebab kalian tu dah anak gadis. Zaman nenek kita dulu umur 13 tahun dah mula beranak pinak, jadi samalah dengan zaman ini pun. Fizikal seorang perempuan sama je walau lahir pada berlainan era. Itu kalau terlanjur sekali, kalau terlanjur banyak kali? Apa ingat pakai k**d*m tu boleh buat tak mengandung ke? Please lah.. be rasional ok. Alat tu bukannya boleh caya 100% pun.
  • Jika sungguh dah termengandung, apa adik-adik comey nak buat? Cer citer kat sis ni.. Nak gugurkan? Nak lahir dan buang? atau sanggup untuk berterus terang depan family dan lahirkan baby tu sebagai seorang ahli family yang baru. Mana satu jawapannya?? Cuba habaq mai... (kalau pilih untuk terus terang depan family sis respect!!) 
  • Lagi satu hakak nak pesan, adik adik comey jangan ingat yang semua lelaki atas dunia ni baik. Orang perempuan ni sekali dah terlanjur automatik akan hilang dara dan bila hilang dara suami kita boleh tahu ketika lalui malam pertama nanti. Jadi memang tak dapat nak berselindung okay. Jika di takdirkan dapat suami yang tak kisah tak apalah tapi senangkah nak cari seorang suami yang sebaya umur, soleh, baik dan sudi terima sejarah silam kita yang dah hitam dengan mudah? Sis tak cakap tak ada lelaki yang baik macam ni cumanya bukan senang nak dapat adik oi.. lainlah kalau adik sanggup kahwin dengan lelaki yang tak reti nak cukup dengan satu isteri, ataupun dengan lelaki yang dah boleh di panggil ayah. Hmmm.... minta di jauhkan.
  • Bila adik adik comey berperangai liar, apa ingat orang kampung tak nampak? Mungkin adik adik comey tak kisah orang mengata tapi keluarga akan ikut kena tempiasnya sekali. Mungkin mak ayah kita tak tahu sebab kita pandai simpan rahsia namun jika ada orang kampung yang tahu mesti diaorg akan jaja cerita sana sini sampaikan hilang respect orang kampung terhadap keluarga kita dalam diam. Kesian family kita dik. Mana nak letak muka?
  • Bila dah terlanjur (walau hanya sekali) memang susah jugak nak sembunyi yang kita dah tak ada dara tetapi bagi lelaki mereka okay je sebab orang perempuan bukan boleh detect yang mereka dah tak ada teruna. Jadi sebab tu, orang lelaki bila-bila masa boleh lepas tangan dan berkahwin dengan orang lain. Silap haribulan berkahwin dengan pilihan mak ayah yang lebih cantik dan solehah. 

Itulah akibatnya jika tidak mahu menjaga kehormatan diri (dara) dengan baik. Banyak perkara buruk boleh berlaku. Sis harap bagi yang sudah terlanjur tu tolonglah kembali ke pangkuan jalan. Dekatkan diri dengan Allah swt.. Inshaa Allah 'ketagih' untuk berseronok tu akan hilang.

 Dan sekiranya sudah termengandung sekalipun, tolonglah jangan di buang macam tu saja dik. Kesian baby yang comey tu , dia bukan ada buat salah apa pun... adik carilah mana-mana badan kebajikan atau orang perseorangan yang boleh membela baby tu nanti. Kat hospital tu berebut-berebut orang nak kan baby sampai ada kes culik bayi. Sepupu sis sendiri terpaksa ambil anak angkat sebab sama sekali tidak dikurniakan zuriat. Kami sanggup terima walau anak itu hasil dari 'keseronokan' adik semata-mata sebab memang si kecil tu tak bersalah apa pun. Kesian dia. Dia pun nak rasa juga bagaimana hidup atas dunia ni.

 Tolong ya, tolong jangan buang.. kalau adik beri si kecil pada sesiapa dan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik, sis yakin Allah swt akan datangkan perkara yang sangat-sangat baik pada adik. Besar kemungkinan Allah swt akan utuskan jodoh untuk menjadi penyelamat adik nanti kerana adik telah insaf. Janji adik tidak kembali ke perbuatan lampau. Nak taubat, kena taubat nasuha. Percayalah!

Allah swt tidak pernah zalim tetapi kita yang sengaja menzalimi diri sendiri


Baca Sepenuhnya

22 Feb 2017

3 Produk Percuma Terbaru

Seperti biasa, aku memang sentiasa follow produk-produk percuma yang di keluarkan oleh mana-mana pihak untuk aku rebut. Dan kali ni produk nya adalah......



dan 




Semestinya produk percuma sebegini adalah sangat-sangat terhad dan bagi yang betul-betul berminat untuk mencuba nasib bagi mendapatkan ke dua-dua produk di atas ini secara percuma boleh isi detail diri di link yang tertera di bawah ini..


Link untuk produk Laneige ialah http://www.feeltheregeneration.com.my/ dan cara untuk memohon mudah saja.
1- klik link untuk pergi ke website utama Laneige
2- klik pada bahagian Redeem Sample
3- berikan detail peribadi seperti yang di minta
4- Submit
5- Check email untuk dapatkan kod pengesahan
6- Ambil terus sample produk dari mana-mana kaunter Laneige yang berdekatan dengan memberikan kod pengesahan tadi


Link untuk produk Dove pula ialah http://www.dovehair.com.my/fullerhair/sample.php. Cara untuk memohonnya mudah juga.
1- klik link untuk ke website utama Dove
2- klik Contineu
3- Isi detail peribadi diri
4- Submit

Link untuk produk Benefit ialah http://bit.ly/2mbAVCv. Pendaftaran adalah melalui facebook

Cepat-cepat sementara peluang masih ada.

Dapat peluang terus submit, mana tau ada rezeki.... hehe
Baca Sepenuhnya

Sedapnya Minum Nankid Optipro 3 dari Nestle

Hari ini aku telah di hantar satu pek percubaan produk susu jenama Nankid Optipro 3 dari pihak Nestle. Aku di kehendaki memberi si kecilku cuba dan memberi maklumbalas di website mereka. 
Excited juga bila dapat produk ni sebab bukan saja beratnya yang berbaloi (150 gram) tetapi juga di sertakan freegift iaitu sehelai tuala tangan untuk kegunaan si kecil. Warna pink lagi, comel.

Bila di buka, si manja ku terus mencapai. Tak sabar betul dia nak rasa ya. Dan bila di bancuh dan di berikan padanya untuk minum, hmmm... tak tunggu lama terus dia bersandar untuk habiskan isi dalam gelasnya tu. Asyik betul dia melayan rasa sedap susu Nankid Optipro3 ni.

Sebelum tu nak juga cerita yang anak kesayanganku ini bukannya seorang peminum susu formula. Actually dia minum susu ibu sepenuhnya sejak dari bayi dan aku cuma beri susu formula ni tak ubah seperti minuman sampingan saja untuk dia. Jadi jika susu tu tak sedap dan tak sama dengan susu ibu yang dia minum dari badanku ini, jangan harap dia akan minum ok. Silap haribulan bekas minuman tu dia terus baling dan tak nak sentuh-sentuh lagi.

Jadi bila dia dapat minum susu Nankid Optipro 3 ni sampai habis,... aku kira jenama ni memang betul-betul awesome lah. Lagi 9 bulan aku akan hentikan memberi susu badan pada anak comelku ini dan tidak mustahil aku akan membeli dan memberi Nankid Optipro 3 padanya sebagai ganti.


3 khasiat utama yang terdapat di dalam Nankid Optipro 3 ialah...

  • ia mengandungi 100juta bakteria berfaedah BIFIDUS BL yang akan menyokong kesihatan usus si manja.
  • Ia juga mengandungi DHA dan ARA yang merupakan kompenan-kompenan penting dalam sel-sel otak
  • tidak mempunyai sebarang sukrosa tambahan. Sukrosa merupakan gula yang selalu kita gunakan setiap hari. Hanya rasanya saja yang manis tetapi jika di ambil berlebihan akan membahayakan kesihatan. Jadi susu Nankid Optipro mengekalkan rasa asli susu dan sama sekali tidak menggunakan sebarang 'perasa manis tiruan' di dalamnya.


Inilah maklumbalas yang di hantar untuk pihak Nestle sebagai tanda berpuashati dengan Nankid Optipro 3 dari Nestle ini.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pihak Nestle DI SINI

Baca Sepenuhnya
Kelebihan Menghalalkan Hutang

Kelebihan Menghalalkan Hutang

Image result for HALALKAN LAH HUTANG"Kalau dia tidak bayar... aku halalkan dunia akhirat."

Ayat di atas bukan semua orang boleh ucapkan. Ye lah orang berhutang dengan kita beratus dan beribu, ingat mudah ke nak halalkan? Marah, sakit hati dan kecewa akan sentiasa berada di hati. Masa nak meminjam lembut gigi dari lidah, depan kita bukan main baik sangat tetapi lepas kasi pinjam tengok muka kita pun tak nak. Kalau jumpa siap lari jauh-jauh macam kita ni pembawa wabak yang sangat berbahaya.

Tetapi alhamdulillah masih ada rupanya insan-insan yang boleh menerima perkara ini dengan baik dan sanggup menghalalkan hutang tersebut seandainya dia telah meninggal kelak. Kenapa? Apakah kelebihan menghalalkan hutang ini? Sebelum memberitahu kelebihan menghalalkan hutang, ingin aku cerita sedikit keadaan bagi orang yang berhutang dulu ya. Senang-senang minta orang halalkan mana boleh. Tak patut macam tu kan?

Situasi pertama:
Samad meminjam tunai sebanyak RM3,000 dari majikannya, Encik Kamal dan selepas mendapat duit tersebut, Samad terus ponteng kerja dan berpindah ke tempat lain untuk lari dari di tuntut hutang. Rupa-rupanya Samad memang sudah merancang dari awal untuk tidak membayar hutang tersebut. Bagi Samad majikannya itu sudah kaya raya, ada rumah banglo, ada kereta mewah jadi setakat RM3,000 apalah sangat. Bagi Samad, sudah tentu majikannya itu tidak akan jatuh bankrup hanya kerana hilang RM3,000.

Situasi ke dua:
Minah mahu membeli satu set pinggan mangkuk yang berharga RM500 daripada Salwa tetapi dia tidak mempunyai wang tunai yang banyak, maka Minah mengambil keputusan untuk berhutang dengan kadar bayaran RM50 sebulan. Minah memang berniat untuk membayar hutang Salwa itu tetapi Minah sering kali terlupa.


Kes pertama dan ke dua adalah sama iaitu BERHUTANG. Cuma yang membezakan adalah Samad memang berniat untuk tidak membayar hutang manakala Minah memang berhajat untuk membayarnya cuma dia sering bersikap lewa sehingga terlupa untuk membayar hutang tersebut pada masa yang telah di persetujui sebelum ini.

Situasinya sekarang adalah Encik Kamal sama sekali tidak tahu bagaimana untuk menjejaki Kamal manakala Salwa bila-bila masa boleh berjumpa dengan Minah. Maka Encik Kamal boleh mengambil keputusan untuk menyerahkan segalanya kepada Allah swt dan Encik Kamal boleh berniat di dalam hati bahawa sekiranya Samad tidak mencarinya untuk membayar hutang tersebut maka Encik Kamal akan menghalalkan setiap sen yang di di hutang oleh Samad terhadapnya itu.

Berbeza dengan situasi Salwa, walau Salwa ingin menghalalkan juga duit tersebut tetapi di sebabkan Salwa tahu bagaimana untuk menghubungi Minah, maka Salwa harus membantu memperingati Minah untuk menjelaskan hutang tersebut dari masa ke semasa.

5 perkara utama yang perlu kita tahu tentang hutang ialah:

1- Apabila si penghutang berniat untuk sama sekali tidak mahu membayar hutang tersebut dek kerana si pemberi hutang adalah seorang yang kaya raya maka hukumnya adalah haram.

2- Penghutang terpaksa mencari si pemberi hutang di celahan makhluk Allah swt ketika berada di Padang Masyhar nanti. Hadis Bukhari ada mengatakan yang... "Roh seseorang yang mati syahid itu akan tergantung antara langit dan bumi selagi hutangnya tidak terbayar". Itu roh orang mati syahid, habis kita ni? Ini bermakna hutang dengan Allah swt kita boleh bayar dengan cara bertaubat nasuha tetapi hutang kita sesama makhluk adalah cukup berat dan membebankan jika tidak di lunaskan serta merta. Hutang kita dengan Allah swt dan hutang kita dengan sesama makhluk adalah daripada dua kategori yang berbeza dan bukan semudah itu untuk 'membersihkannya'. Selagi hutang kita tidak dihalalkan maka syurga akan semakin menjauh dan neraka akan semakin mendekat.

3. Perjalanan si pemberi hutang akan terganggu dengan kehadiran si penghutang yang tidak putus-putus menganggunya di padang Masyhar nanti. Si penghutang akan bergantung di kaki si pemberi hutang, meminta, merayu, meratap, memohon agar dihalalkan setiap sen dari hutang tersebut. Jika dia tidak halalkan maka si penghutang akan terus bergantung di kakinya kelak kerana inginkan kemaafan.

4. Seandainya si pemberi hutang berniat untuk menghalalkan hutang terbabit ketika dia masih hidup, maka Allah swt akan jadikan ia sebagai saham ketika di akhirat kelak. Allah swt boleh menolak hutang kita dengan Nya (hutang tidak solat, tidak puasa dan sebagainya) dengan menggunakan hutang yang telah kita halalkan itu.

5. Ada ulama mengatakan memberi hutang adalah lebih afdal daripada memberi sedekah dan pahala memberi hutang adalah lebih baik dari pahala bersedekah.

Suka di ulang sekali lagi.... seandainya si pemberi hutang menghalalkan hutang tersebut maka ia boleh di gunakan untuk meringankan hutang si pemberi hutang tadi dengan Allah swt. Mana tahu, si penghutang itu ada hutang puasa, hutang solat dan lain-lain dengan Allah Taala. Jadi seandainya hutang yang telah di beri itu sudah lama dan jika tidak dapat kembali duit tersebut pun kita masih boleh tinggal dengan senang, cukup makan dan pakai maka ada baiknya kita berniat untuk terus menghalalkannya. Setidak-tidaknya ia boleh membantu meringankan azab kita di akhirat kelak. Tak guna simpan api kemarahan dalam diri lama-lama sebab dendam ni tak elok di bawa sampai ke mati.

Dan jika ada yang membaca artikel ini masih mempunyai hutang yang tidak di jelaskan, silalah cari para pemberi hutang yang telah membantu anda. Sekiranya si pemberi hutang telah meninggal dunia, maka carilah pewaris-pewarisnya tetapi sekiranya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pewaris, masih ada cara untuk menjelaskan hutang pada mereka yang telah pergi.. bagaimanakah caranya? Inshaa Allah sis cuba untuk share di artikel yang akan datang...

Halalkan Hutang Orang, Lebih Senang Ketika Di Akhirat

ANDA PERNAH BERHUTANG? BACA SINI
Baca Sepenuhnya