Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tentang Saya



Assalamualaikum dari saya yang bernama Siti Awadah.

Untuk pengetahuan semua, saya berusia dalam lingkungan awal 40 an. Berasal dari utara tetapi kini menetap di pantai timur. Saya mendapat pendidikan di dalam bidang pengurusan perniagaan dan telah menimba pengalaman di dalam bidang pemasaran selama lebih daripada 10 tahun.

Sesuai dengan status sekarang yang bergelar seorang isteri dan ibu sepenuh masa kepada 6 orang cahayamata ( 5 lelaki + seorang perempuan), di tambah dengan usia perkahwinan yang telah mengjangkau usia 20 tahun, maka saya memilih topik gaya hidup, keibubapaan dan perhubungan rumahtangga sebagai fokus utama di blog ini. 

Saya juga gemar berkongsi resepi, tips, tempat percutian dan info tambahan lain dari topik yang berbeza.

Mula berblog sejak Januari 2017 dan blog ini tidak ubah seperti sebuah halaman untuk saya berinteraksi dengan anda semua. Impian dan harapan semoga blog ini mampu memberi sedikit sebanyak info dan inspirasi kepada sesiapa saja yang memerlukannya.

Saya juga dengan rasa penuh rendah diri mengalu-alukan sebarang idea, cadangan, pendapat, komen dan teguran yang positif. Jika ada sebarang pertanyaan untuk apa saja yang berkaitan, sila emailkan ke: rosebirumuda@gmail.com

Dan jika anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat, jemput jadi salah seorang followers dengan klik DI SINI sebagai tanda support. Terima kasih.