9 Mar 2017

Cara Pikat Hati Nuffnang

Image result for NUFFNANG

Seperti yang pernah aku kongsikan sebelum ini DI SINI, bukan mudah untuk aku dapatkan perhatian dari si Nuffnang ni. Hampir 3 bulan aku terpaksa menunggu ketibaan income dalam Nuffnang dan pelbagai cara sebenarnya yang telah aku lakukan untuk memikat hati Nuffnang idaman malaya ini.

Pada mulanya aku hantar tickets (Soalan) kepada pihak Nuffnang. Walau aku sendiri blur soalan apa yang perlu aku tanya namun aku sengaja buat-buat bodoh tanyakan itu ini semata-mata untuk berinteraksi dengan pihak Nuffnang. Aku lakukan begini semata-mata untuk mencuri perhatian dari Nuffnang.

Kemudian aku sentiasa kemaskini survey tentang blog aku ini di laman web Nuffnang. Selalunya aku akan kemaskini 2 hingga 3 kali seminggu. Pelbagai jawapan aku berikan pada Nuffnang setiap kali aku mengemaskini akaun tersebut.

Aku juga mengambil keputusan untuk ping entry terbaru blog aku di halaman Babab.net. Selain Babab ada lagi beberapa halaman lain yang aku daftar semata-mata untuk ping tajuk entry dari blog aku ni.

Akhir sekali, cara terbaik untuk pikat hati Nuffnang ialah dengan meningkatkan trafik blog.
Aku cuba sedaya upaya meningkatkan trafik blog ini. Aku akui bukan satu perkara yang mudah kerana blog aku ini baru saja di lancarkan. Aku tak kenal mana-mana blogger yang lain,  aku juga kurang arif dengan ilmu dunia blogging, apa yang aku tahu aku perlu segera tingkatkan trafik blog ini demi Nuffnang. Terus terang aku seorang yang pemalu tapi demi dapatkan trafik aku cuba kikis hari hari ketebalan 'malu' yang ada pada diri aku ni. Aku sentiasa peruntukan sedikit masa untuk berjalan dari satu blog ke satu blog yang lain melalui link yang terdapat pada kotak cbox blogger lain dan setiap kali singgah di mana-mana blog aku akan baca salah satu entry dan tinggalkan komen berserta link di blog tersebut. Kadang-kadang aku berjalan hampir dua jam sehari melompat dari satu blog ke satu blog yang lain demi untuk tingkatkan trafik. Ternyata cara ini amat berhasil dan buktinya telah aku siarkan DI SINI.

Selain dari blogwalking, aku turut menyertai segmen dan giveaway yang di lancarkan oleh blogger yang lain. 

Jalan terakhir yang aku ambil ialah dengan menganjurkan giveaway di blog aku sendiri. Memang aku akui yang aku risau sekiranya giveaway aku tidak mendapat sambutan dari mana-mana blogger namun ternyata firasat aku itu salah. Ternyata blogger-blogger Malaysia sangat ramah tamah dan sporting. Walau hadiah yang di tawarkan tidaklah lumayan tetapi mereka tetap turut serta sebagai tanda sokongan untuk blogger baru seperti aku. Terharu, aku amat terharu!

Aku akan teruskan misi untuk cuba memenangi hati Nuffnang ini dan aku akan berusaha untuk cuba mengenali Nuffnang dengan lebih mendalam lagi.

Aku doakan moga kita sama-sama berjaya, ameen.

Kongsikan

Artikel Berkaitan

Cara Pikat Hati Nuffnang
4/ 5
Oleh

Langgan Menerusi Email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk langganan.

17 comments

Tulis comments
avatar
9 March 2017 at 17:08

Amin, InsyaAllah Sis Hawa boleh berjaya... bagus tu, belajar dan terus belajar... Terbaik...

Reply
avatar
9 March 2017 at 18:00

Ameen.. yg penting misi untuk kongsikan tips pada blogger baru macam sis akan di teruskan

Reply
avatar
9 March 2017 at 18:30

Moga misi sis hawa nak tambat encik nuff akan berjaya ..go go chaiyokk !

Reply
avatar
9 March 2017 at 18:39

terima kasih atas tipsnya.. salam kenal dari saya.. :D
#bloggernewbie

Reply
avatar
9 March 2017 at 18:42

Nuffnang sekarang macam tak nak baik dgn kita dah... iklan x der sangat huuu.. tapi itu dah satu tips yang bagus kalau nak tingkatkan trafik kat blog.. kena blogwalking , kena buat giveaway sekali sekala... biasa dah kalau blog mula2 nih.. teringat zaman2 aru buka blog .. kena jiwa kental nak jadi blogger nih :)

Reply
avatar
9 March 2017 at 22:59

jadi blogger ni kena kental dan yang pasti mmmg berjam2 utk blogwalking ni..hahaa..semoga Awa tabah dan terus berusaha dan berjaya.

Reply
avatar
9 March 2017 at 23:21

Tahniah.
Mudah2an terus berjaya.

Reply
avatar
9 March 2017 at 23:22

tapi kan,napa nuffnang skrang ni tak de send ticket ye?

Reply
avatar
9 March 2017 at 23:35

masih boleh hubungi cuma cara contact tak mcm dulu lagi anum

Reply
avatar
9 March 2017 at 23:54

Pernah guna khidmat Nuffnang masa blog lama. Cuma dalam masa bertahun2 lamanya baru dua kali cashout Nuffnang.

Reply
avatar
10 March 2017 at 03:41

sy pun sllau hntar tiket nuffnang kak awaaa. sbb nuffnang still x nmpak sy. hehe

Reply
avatar
10 March 2017 at 03:59

Dah lama blogger tak cakap pasal nuffnang, depa dah pindah ke adsense dan innity skrg ni. tinggallah kita2 kak Awa, hehehe (drama sedih jap).

Reply
avatar
10 March 2017 at 11:18

Sama2x... salam kenal.. terima kasih sudi singgah :D

Reply
avatar
10 March 2017 at 11:19

Betul... jiwa kena kental. walau malas kena usaha juga

Reply
avatar
10 March 2017 at 11:20

itulah berjam2 hanya untuk blogwalking je.. harap2 usaha kita tu di pandanglah oleh orang lain jgk

Reply
avatar
13 March 2017 at 16:48

amin....
sama2 la kita sukses dlm arena blogging ni, hawa.

Reply

Tiap baris kata boleh mencerminkan sikap si penulisnya dan terima kasih banyak di atas komen baik anda.